- Pelanggan boleh datang ke kaunter di klinik pakar berkaitan di HASA dan menunjukkan surat rujukan daripada mana-mana klinik atau hospital (kerajaan atau swasta) untuk menetapkan waktu janji temu.
- Pelanggan boleh memuat naik surat rujukan di laman web kami.
- Bagi perkhidmatan di Klinik Eksekutif, pelanggan boleh menghubungi talian 03-3396 3326 atau datang ke Klinik Eksekutif untuk menetapkan tarikh janji temu pada hari operasi iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang.
- Klinik Pakar
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Klinik Eksekutif
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Jabatan Kecemasan
24 jam
- Wad Biasa
Isnin – Jumaat: 12.30 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.30 tengah hari – 7.00 malam
- Wad Kritikal (ICU, CICU, CCU, CRW, PICU, PSY)
Isnin – Jumaat: 12.30 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.30 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
- Wad Kritikal (NICU)
Isnin – Jumaat: 12.30 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.30 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
8.00 Pagi - 10.00 Malam (Hanya untuk ibu sahaja)
Pelanggan juga boleh merujuk laman web kami berkaitan waktu melawat.
Suami atau ahli keluarga TIDAK DIBENARKAN untuk menemani pesakit di wad selepas bersalin. Mereka hanya dibenarkan masuk ketika waktu melawat. Ini bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan privasi semua pesakit wanita lain di wad.
- Bagi perkhidmatan di Klinik Eksekutif, pelanggan boleh walk-in ke Klinik Eksekutif pada hari Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang untuk menetapkan tarikh janji temu.
- Bagi kes kecemasan, pelanggan boleh walk-in ke Jabatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam.
- Bagi perkhidmatan di klinik pakar, pelanggan boleh datang ke kaunter di klinik pakar berkaitan di HASA dan menunjukkan surat rujukan daripada mana-mana klinik atau hospital (kerajaan atau swasta) untuk menetapkan waktu janji temu.
- Klinik Pakar Perubatan
- Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak
- Klinik Pakar Oftalmologi dan Otorinolaringologi
- Klinik Pakar Pembedahan dan Ortopedik
- Klinik Pakar Psikiatri
- Klinik Pakar Onkologi dan Hematologi
- Klinik Eksekutif
- Perubatan Am
- Gastroenterologi
- Respiratori
- Dermatologi
- Endokrinologi
- Reumatologi
- Penyakit Berjangkit
- Paliatif
- Geriatrik
- Neurologi
- Hematologi
- Onkologi
- Rawatan Rapi
- Nefrologi
- Kardiologi
- Perubatan Pemulihan / Rehabilitasi
- Radiologi
- Psikiatri
- Perubatan Kesihatan Primer
- Perubatan Kesihatan Awam
- Pembedahan Am
- Pembedahan Kardiovaskular & Torasik
- Pembedahan Plastik
- Anestesiologi
- Oftalmologi
- Perubatan Kecemasan
- Otorinolaringologi
- Ortopedik & Traumatologi
- Obstetrik & Ginekologi (O&G)
- Pediatrik
- Makmal Diagnostik Klinikal
- Forensik
- Rawatan Harian
- Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan
SOALAN LAZIM PAKEJ BERSALIN HASA
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) adalah merupakan hospital rujukan. Bagi mendapatkan perkhidmatan bersalin di HASA, pesakit perlu mendapatkan surat rujukan daripada mana-mana hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau swasta untuk dirujuk ke HASA. Pesakit dikehendaki untuk membawa surat rujukan tersebut ke Kaunter Jururawat Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak. Selain itu, pesakit boleh memuat naik surat rujukan di laman web HASA. Tarikh janji temu akan diberikan dalam masa 14 hari bekerja selepas doktor menyaring surat rujukan.
Dibuka pada Isnin hingga Jumaat bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Waktu rehat klinik pada Isnin hingga Khamis bermula 1.00 tengahari hingga 2.00 petang dan Jumaat pada 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.
HASA melaksanakan sistem pendaftaran 30 minit awal sebelum waktu janji temu. Pendaftaran hendaklah dilakukan di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar HASA sebelum pesakit hadir di Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak. Ini bagi mengelakkan kesesakan di klinik dan mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan.
Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak menerima surat rujukan kandungan sebelum 30 minggu.
Hal ini adalah kerana pakar O&G memerlukan masa yang mencukupi untuk memantau dan menilai perkembangan kandungan ibu untuk memastikan proses kelahiran yang selamat.
Perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan kepada pesakit yang mempunyai sebab-sebab kesihatan yang khusus (certain medical indications) yang dirujuk secara langsung oleh pegawai/pakar perubatan daripada mana-mana fasiliti kesihatan.
Secara ringkasnya terbahagi kepada dua iaitu Bersalin Normal dan Bersalin Secara Pembedahan. Sila berhubung dengan Kaunter Pembayaran bagi harga dan perkhidmatan pakej yang lebih lengkap atau boleh terus rujuk di laman web HASA.
Pesakit yang menpunyai surat jaminan dari sektor awam masih perlu membuat pembayaran bagi pakej bersalin normal/ pembedahan. Hanya staff UiTM sahaja yang tidak tertakluk kepada pembayaran.
Bersalin Normal : RM 2000
2 hari satu malam (Tiada Kelas Pertama).
Termasuk katil, makanan, rawatan, ubatan standard dan suntikan bayi.
Tidak termasuk prosedur epidural, vacuum dan forcep.
Harga mungkin bertambah jika tinggal lebih dari 2 hari 1 malam.
Tiada pilihan doktor yang merawat (spesifik doktor) kerana bergantung kepada jadual tugasan atas panggilan.
Bersalin Secara Pembedahan : RM 3500
3 hari 2 malam (Tiada Kelas Pertama).
Termasuk katil, makanan, rawatan, ubatan standard , suntikan bayi.
Harga mungkin bertambah jika tinggal lebih dari 3 hari 2 malam.
HASA terbuka menerima semua pesakit tidak kira sesiapapun. Namun HASA tidak menerima caj bayaran melalui surat jaminan kakitangan kerajaan (GL). HASA hanya menerima pembayaran terus melalui bayaran tunai, kad kredit atau debit sahaja. Hanya pesakit dikalangan staf UiTM dan pesakit yang menggunakan perkhidmatan syarikat insurans yang berdaftar dengan HASA sahaja yang boleh menggunakan surat jaminan kakitangan HASA atau surat jaminan syarikat insurans yang berkenaan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Kaunter Pembayaran.
Kami hanya menerima pesakit awal kehamilan yang dirujuk kerana memerlukan penilaian pakar sahaja.
Pesakit- pesakit lain (yang berisiko rendah) boleh membuka Buku Antenatal seawal mungkin di hospital dan klinik kesihatan lain sebelum mencapai 22 minggu kandungan. Janji temu pertama bagi mereka yang berisiko rendah hanya akan diberikan selepas kandungan melepasi 22 minggu ke atas.
Ini bagi membenarkan pihak kami memberikan ruang kepada lebih ramai pesakit yang mempunyai masalah / berisiko tinggi untuk menerima rawatan bermula dari awal kehamilan mereka. Ini memandangkan slot janji temu juga terhad kerana HASA turut menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain selain rawatan susulan ibu mengandung di Klinik Pakar Wanita dan Kanak-Kanak.
Pesakit perlu mematuhi tarikh dan masa janji temu yang telah diberi awal kepada pesakit. Perkara ini bagi memberi keadilan kepada semua pesakit lain yang hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan kepada mereka. Ianya juga bagi mengelakkan kesesakan tidak perlu di klinik dan mengurangkan masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, waktu petang juga adalah merupakan waktu pentadbiran staf klinik untuk kerja-kerja dokumentasi pesakit setelah melaksanakan kerja klinikal di waktu pagi.
Setakat ini, HASA masih lagi tidak membenarkan sebarang peneman (suami atau ahli keluarga) menunggu di Wad Postnatal atas faktor keselamatan, privasi dan keselesaan pesakit. Namun begitu, harapan kami adalah untuk membenarkan peneman wanita untuk menemani pesakit semasa berada
di Wad Postnatal di masa hadapan.
Segera ke PAC/Dewan Bersalin.



