PROFIL

LATAR BELAKANG


Pembangunan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) tercetus pada tahun 1995 apabila Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan penubuhan Fakulti Perubatan sekiranya Institut Teknologi MARA (ITM) mahu dinaik taraf kepada universiti. Penubuhan Fakulti Perubatan ini penting untuk meningkatkan jumlah doktor-doktor bumiputera di Malaysia. Pada tahun 2002, selepas menjadi sebuah universiti dikenali dengan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan Fakulti Perubatan. Namun hanya pada 2003 Fakulti Perubatan mula beroperasi di Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya dengan pengambilan pelajar seramai 20 orang.

Dalam usaha untuk memberikan latihan klinikal kepada pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UiTM telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menempatkan pelajar-pelajar perubatan ini di hospital-hospital dan poliklinik-poliklinik kerajaan. Dua buah hospital telah dicadangkan untuk menempatkan pelajar-pelajar perubatan ini menjalani latihan mereka iaitu di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh. Pada 17 Julai 2006, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan UiTM supaya pembangunan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian dikekalkan di Sungai Buloh dan dilaksanakan segera.

Sehubungan itu, projek pembinaan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian telah berjalan sebagaimana yang dijadualkan di kawasan berhampiran Hospital Sungai Buloh. Bagi menampung jumlah pelajar perubatan yang kian bertambah, UiTM telah memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah hospital pengajar tersendiri dan tidak perlu bergantung kepada Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang. Pada tahun 2008, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah Hospital Pengajar di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
VISI

Menjadi sebuah pusat penjagaan kesihatan akademik terkemuka dunia.



MISI

Mempertingkatkan kemanusiaan melalui pembangunan profesional, penyelidikan berkesan dan penyampaian penjagaan kesihatan terkini.
OBJEKTIF

• Menjadi pusat penjagaan kesihatan akademik yang terulung.
• Memupuk penjagaan kesihatan ehsan yang berkualiti.
• Menjuarai penyelidikan terkehadapan.
• Menginovasikan sistem kewangan kesihatan yang efektif dan mampan.
NILAI TERAS

Kecemerlangan
Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh.

Sinergi
Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.

Integriti
Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi.

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih