Klinik Eksekutif

PENGENALAN

Bermula 1 September 2022, Hospital Al-Sultan Abdullah memperluaskan perkhidmatan dengan memperkenalkan perkhidmatan Klinik Eksekutif. Melalui perkhidmatan ini, pesakit boleh menerima rawatan daripada doktor pakar pilihannya dan menikmati kemudahan dan keistimewaan tambahan tertakluk kepada ketersediaan sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada. Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan Klinik Eksekutif akan dikenakan bayaran untuk setiap perkhidmatan yang disediakan atau prosedur yang dijalankan oleh pakar pada harga yang sangat kompetitif.


KELEBIHAN PERKHIDMATAN

• Perkhidmatan yang lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
• Pesakit boleh memilih pegawai perubatan pakar.
• Menikmati kemudahan di Wad Eksekutif.
• Menikmati kemudahan tambahan istimewa.
• Caj perkhidmatan yang lebih kompetitif berbanding hospital swasta.
PERKHIDMATAN PAKAR

• Perkhidmatan Pesakit Luar
• Perkhidmatan Pesakit Dalam
• Perkhidmatan Pesakit Rawatan Harian


SKOP PERKHIDMATAN

• Perkhidmatan Konsultasi
• Perkhidmatan Penyiasatan
• Perkhidmatan Tatacara (Prosedur dan Pembedahan)
• Perkhidmatan Rawatan
• Perkhidmatan Hospitaliti
• Perkhidmatan Pelbagai


PERKHIDMATAN KEPAKARAN

• Perubatan Am
   - Gastroenterologi
   - Respiratori
   - Dermatologi
   - Endokrinologi
   - Reumatologi
   - Penyakit Berjangkit
   - Paliatif
   - Geriatrik
   - Neurologi
   - Hematologi
   - Onkologi
   - Rawatan Rapi
• Nefrologi
• Kardiologi
• Perubatan Pemulihan / Rehabilitasi
• Radiologi
• Psikiatri (bakal diperkenalkan)
• Perubatan Kesihatan Primer (bakal diperkenalkan)
• Perubatan Kesihatan Awam (bakal diperkenalkan)
• Pembedahan Am (bakal diperkenalkan)
• Pembedahan Kardiovaskular & Torasik (bakal diperkenalkan)
• Pembedahan Plastik (bakal diperkenalkan)
• Anestesiologi (bakal diperkenalkan)
• Oftalmologi (bakal diperkenalkan)
• Perubatan Kecemasan (bakal diperkenalkan)
• Otorinolaringologi (bakal diperkenalkan)
• Ortopedik & Traumatologi (bakal diperkenalkan)
• Obstetrik & Ginekologi (O&G) (bakal diperkenalkan)
• Pediatrik (bakal diperkenalkan)
• Makmal Diagnostik Klinikal (bakal diperkenalkan)
• Forensik (bakal diperkenalkan)
• Rawatan Harian (bakal diperkenalkan)
• Pergigian (bakal diperkenalkan)
• Pencegahan Dan Kawalan Jangkitan (bakal diperkenalkan)
KELAYAKAN

• Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
• Mana-mana individu yang memilih perkhidmatan Klinik Eksekutif dan bersetuju dengan pembiayaan kesemua kos rawatan.
• Kakitangan korporat/ sektor swasta di mana pihak majikan/ organisasi bersetuju dengan pembiayaan kesemua kos rawatan.


TERMA DAN AKUJANJI PESAKIT KLINIK EKSEKUTIF

• Bersetuju dengan semua kos rawatan yang dicaj oleh pihak hospital.
• Menandatangani perjanjian persetujuan terima perkhidmatan.
CARA MENDAPATKAN PERHIDMATAN

• Membuat janji temu secara hadir ke Klinik Eksekutif.
• Membuat janji temu secara panggilan telefon.
• Membuat janji temu secara atas talian (belum dilaksanakan).

DOKUMEN DIPERLUKAN

• Kad pengenalan.
• Surat jaminan (GL) dari syarikat atau syarikat insuran panel dengan berkelayakan mendapatkan perkhidmatan Klinik Eksekutif.
• Surat rujukan.
PENERANGAN JENIS CAJ RAWATAN



Caj Pendaftaran

Caj yang dikenakan semasa pendaftaran pesakit yang memilih perkhidmatan Klinik Eksekutif.


Caj Perundingan

Caj yang dikenakan bagi perundingan oleh Pakar Perubatan Klinik Eksekutif yang telah memberi perkhidmatan perundingan kepada pesakit Klinik Eksekutif.


Caj Penyiasatan


Caj yang dikenakan bagi ujian yang telah dijalankan ke atas pesakit bagi membantu proses diagnosis, menilai dan memantau keadaan pesakit.


Caj Tatacara
(Prosedur dan Pembedahan)


Caj yang dikenakan bagi apa-apa tatacara anestesia atau perubatan atau pembedahan yang dijalankan ke atas pesakit.


Caj Rawatan/ Pelaporan

Caj yang dikenakan bagi apa-apa perkhidmatan rawatan yang telah diberikan kepada pesakit.


Caj Ubat

Caj ubat-ubatan.


Caj Barangan Pakai Buang
dan Guna Habis


Caj barangan farmaseutikal dan seumpamanya.


Caj Hospitaliti


Caj yang dikenakan untuk makanan, penginapan (wad) dan kemudahan bukan perubatan lain yang disediakan.


Caj Pelbagai


Caj yang dikenakan selain daripada caj yang tersenarai di atas.

BAYARAN

• Bayaran Pendaftaran Pesakit Luar
   - Kali Pertama RM60
   - Susulan RM30

• Bayaran Katil Pesakit Dalam
   - Bilik Seorang RM250
   - Bilik Berdua RM200
   - Bilik Berempat RM100
   - Bilik Pengasingan RM200

• Bayaran Katil Jagaan Harian/ Intensif/ Kritikal
   - Jagaan Harian RM100
   - Wad Kritikal (ICU/CCU/HDU/PICU) RM400
   - Jagaan Intensif Neonatal (NICU) RM300

• Pakej bersalin
   - SVD RM3,000
   - Caesarean RM6,500

• Pakej pembedahan
   - Dewan Bedah (per jam) RM200


PERHATIAN

• Bagi pesakit yang membawa GL dari syarikat/ syarikat insuran yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetap perlu membayar deposit.
• Mana-mana caj rawatan yang tidak dilindungi di bawah GL, maka pesakit perlu membayar sendiri kepada pihak hospital.


PENGECUALIAN BAYARAN

• Tiada pengecualian bayaran dibenarkan di bawah perkhidmatan Klinik Eksekutif
WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

Isnin - Jumaat: 8.00 pagi - 5.00 petang


DISCAJ

• Hari bekerja:
     - Klinik Eksekutif (8.00 pagi - 5.00 petang)
     - Kaunter pembayaran Jabatan Kecemasan (selepas waktu bekerja)

• Sabtu/ Ahad/ Cuti Umum:
     - Kaunter pembayaran Jabatan Kecemasan
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 03-3396 3326 (Klinik Eksekutif)

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih