MINDA PAKAR

Kata Aluan Pengarah

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas rahmat dan kurnia-Nya Hospital UiTM (HUiTM) Puncak Alam, Selangor kini memasuki fasa menyediakan perkhidmatan rawatan dan kesihatan kepada warga. Bagi pihak HUiTM, saya menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang telah dicapai dan kebanggaan ini tidak lengkap tanpa kita memanjatkan penghargaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sentiasa memberi sokongan dan komited untuk memastikan UiTM terus mengungguli agenda pembangunan negara melalui pendidikan tinggi bertaraf global.
 
Hospital UiTM (HUiTM) bakal menjadi mercu tanda baharu universiti. Kejayaan yang dicapai ini perlu disulami dengan rasa terima kasih kepada para barisan kepimpinan UiTM terdahulu yang telah mencurahkan jasa dan bakti dalam merencanakan apa yang dinikmati oleh warga hari ini.
 
UiTM merupakan universiti terbesar dalam negara yang menyediakan pendidikan tinggi bertaraf dunia kepada anak bangsa. Pewujudan hospital universiti ini membuktikan bahawa kita mampu melangkah lebih jauh khususnya dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan melalui inovasi dan aktiviti penyelidikan yang berterusan. Ini bakal memberi manfaat yang besar kepada penduduk Malaysia khususnya warga kawasan Utara Selangor.
 
Sudah pasti pelbagai cabaran akan ditempuhi dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi harapan pemegang taruh. Justeru itu, selaras dengan amanat oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi 2021 khususnya berkaitan subtema ‘Meraikan Kepakaran, Mencipta Potensi’, HUiTM akan terus melipat gandakan inisiatif dalam bidang inovasi dan penyelidikan kesihatan seterusnya memanfaatkan kepakaran dan fasiltii yang dimiliki agar usaha ini dapat diterjemah sebaik mungkin ke arah merealisasikan aspirasi kami menjadi sebuah Premier Hospital.
 
Ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan ini.
 
Terima kasih.
prof-sazli2.jpg

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih