Unit Gastroenterologi Universiti Teknologi MARA (GastroUiTM) terlibat secara langsung dan tidak langsung sejak penubuhan Fakulti Perubatan UiTM dan Hospital UiTM. Di samping penglibatan secara aktif dalam acara-acara dan aktiviti-aktiviti Hospital UiTM, GastroUiTM juga merangka program-program dan inisiatif secara jangka sederhana dan panjang dalam misi memajukan perkhidmatan berkenaan sistem penghadaman. GastroUiTM juga menjalinkan hubungan kerjasama rapat bersama Unit Hepatobiliari, Unit Pembedahan Kolorektal dan Pembedahan Am untuk memastikan halatuju dan perkidmatan yang cemerlang bagi kawasan Puncak Alam dan Lembah Kelang.
Pakar-pakar perunding di GastroUiTM telah menimba ilmu dan pengalaman di beberapa institusi di Malaysia dan Jepun. Pengalaman yang ditmba dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan Unit ini sentiasa dikemas kini dengan pengetahuan, teknik-teknik dan teknologi terkini bagi rawatan dan penambahbaikan kesihatan pesakit.
GastroUiTM juga terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat siswazah dan pasca siswazah. Aktiviti-aktiviti penyelidikan juga sering ditekankan dan diterap dalam amalan harian, seterusnya direncanakan di jurnal-jurnal perubatan tempatan dan antarabangsa disamping pembentangan-pembentangan ilmiah di persidangan-persidangan perubatan tempatan dan antarabangsa.
Gastroenterologi merupakan cabang Perubatan Dalaman yang khusus bagi penilaian, rawatan dan penyelidikan berkaitan sistem penghadaman.
Penglibatan Unit Gastroenterologi termasuk dalam bidang:
- Penilaian dan rawatan klinikal bagi penyakit-penyakit berkaitan sistem penghadaman, hati, perut dan usus.
- Prosedur endoskopi
- Pengajaran dan pembelajaran di peringkat siswazah dan pasca siswazah
- Penyelidikan klinikal termasuk kajian epidemiologi dan bio-perubatan berkenaan fisiologi sistem penghadaman dan penyakit-penyakit berkaitan.
Perkhidmatan yang disediakan:
- Rundingan perubatan
- Oesophagogastroduodenoskopi (OGDS)
- Sigmoidoskopi
- Kolonoskopi
- Endoscopic Ultrasound
- Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography
- Manometri dan pH Impedance
- Transient elastography (Fibroscan)
- Video capsule endoscopy
- Pengajaran dan pembelajaran siswazah dan pasca siswazah
- Aktiviti penyelidikan
Unit Gastroenterologi, Universiti Teknologi MARA merupakan pusat rujukan dan rawatan gastroenterologi dan hepatologi. Untuk mendapatkan perkhidmatan, sila hubungi kami dengan menyertakan surat rujukan daripada doktor keluarga atau doktor Perubatan Primer anda.
Isnin - Khamis |
8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm |
Jumaat |
8.00 am - 12.15 pm 2.45 pm - 5.00 pm |
Rawatan kecemasan sahaja selepas waktu bekerja, hujung minggu dan pada cuti am.
Hubungi kami |
|