PDPA

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA 2010)
HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA) UiTM
 
Kepada semua pelanggan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM yang dihormati,
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang telah berkuatkuasa bermula 15 November 2013, bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Terma­-terma tersebut adalah "data peribadi", "pemprosesan" dan "transaksi komersial" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam PDPA.
Notis Data Peribadi ini terpakai kepada mana-­mana pihak yang data peribadinya diproses oleh HASA.
Pesakit DIWAJIBKAN untuk memberikan kepada pihak HASA data peribadi mereka. Sekiranya, pesakit gagal untuk berbuat demikian, pihak HASA mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi mereka bagi tujuan-­tujuan yang dinyatakan di dalam item (C) di dalam notis perlindungan data peribadi Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM.
Sebagai pemilik data peribadi, pesakit mempunyai:
  1.  Hak diberitahu tujuan data peribadi pesakit diproses
  2. Hak pesakit untuk mengakses data peribadi sekiranya perlu
  3.  Hak pesakit untuk membetulkan kesilapan data peribadi yang telah diproses
  4. Hak pesakit untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi mereka
  5. Hak pesakit untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang mungkin menyebabkan kerosakan atau menyukarkan pihak pesakit
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan data peribadi bagi tujuan pemasaran langsung
  7. Hak untuk kebebasan dari membuat keputusan secara automatik
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan Notis Perlindungan Data Peribadi ini, sila klik pautan dibawah untuk muat turun.

(2021) NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 HUITM

Hubungi Kami

Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda di rangkaian berkenaan:­

 

Alamat:

 

Ketua

Jabatan Maklumat Pesakit

Aras 5, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM

42300 Bandar Puncak Alam

Selangor.

 

Nombor Telefon:

+603-3396 3000 (Ext: 14802 / 14814)

 

Email:

medicalrecordhuitm@uitm.edu.my

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju data peribadi anda diproses mengikut notis Perlindungan Data Peribadi (PDPA) seperti yang telah dinyatakan.



Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih