Pasukan pediatrik kami berpengalaman menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk bayi hingga usia remaja termasuk penilaian, diagnosis, rawatan dan vaksinasi dalam suasana khusus. Keutamaan kami adalah untuk menangani sebarang kebimbangan dan membantu ibu bapa membuat keputusan termaklum berhubung dengan kesihatan pencegahan dan keselamatan kanak-kanak. Kanak-kanak akan dirawat di persekitaran wad dan klinik yang mesra serta selamat. Demi rawatan yang holistik, pasukan pediatrik turut bekerjasama dengan disiplin lain seperti psikologi, terapi pertuturan dan bahasa, pembedahan, fisioterapi dan dietetik.
Jabatan Pediatrik HUiTM menawarkan perkhidmatan Wad Pediatrik Am, Wad Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU), Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), dan Klinik Pakar Pediatrik.
Antara subkepakaran yang ditawarkan di Jabatan Pediatrik adalah termasuk:
Perkembangan Kanak-kanak
Reumatologi
Respiratori
Endokrinologi
Neonatologi
Rawatan Rapi
Antara subkepakaran yang ditawarkan di Jabatan Pediatrik adalah termasuk:
Perkembangan Kanak-kanak
Reumatologi
Respiratori
Endokrinologi
Neonatologi
Rawatan Rapi
Hari | 8:00 AM – 12:00 PM | 2:00 PM – 4:30 PM | |
---|---|---|---|
Isnin | Perkembangan Kanak-kanak | Pediatrik Am | |
Selasa | Ekokardiogram / Pediatrik Am, Reumatologi | ||
Rabu | Respiratori | ||
Khamis | Endokrinologi, Neonatologi / Pediatrik Am | ||
Jumaat | Perkembangan Kanak-kanak | Pediatrik Am |