JABATAN MAKMAL DIAGNOSTIK KLINIKAL

Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal (JMDK) mula beroperasi di Pusat Latihan Klinikal, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh pada Oktober 2010 dan dikenali pada waktu itu  dengan nama Pusat Makmal Patologi Diagnostik dan Penyelidikan atau sebagai Centre of Pathology Diagnostic and Research Laboratories (CPDRL). Ketika itu CPDRL adalah di bawah Kluster Makmal Perubatan.  Setelah sistem kluster dimansuhkan,  Jabatan Patologi dan Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi diwujudkan dengan perkhidmatan makmal masing-masing.

Namun, pada Disember 2020, sejajar dengan penubuhan Hospital Pengajar UiTM, perkhidmatan makmal-makmal perubatan ini disatukan semula dibawah nama Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal (JMDK) atau Department of Clinical Diagnostic Laboratories (CDL). Jabatan ini berfungsi bagi menyediakan ujian-ujian makmal perubatan dibawah satu bumbung. JMDK menyediakan perkhidmatan patologi ke PPUiTM Sungai Buloh dan organisasi luar. Di samping itu, JMDK menyediakan khidmat diagnostik & penyelidikan serta perundingan dalam disiplin-disiplin yang berikut, iaitu Patologi Anatomik, Hematologi & Perubatan Transfusi, Patologi Kimia dan Mikrobiologi Perubatan & Parasitologi.

JMDK telah mendapat pengiktirafan akreditasi MS ISO 15189:2007 oleh Jabatan Standard Malaysia semenjak tahun 2014. Makmal  JMDK terletak di aras satu Hospital UiTM Puncak Alam dan di aras satu  Pusat Pakar Perubatan, Kampus UiTM Sg. Buloh.

Tekan di SINI untuk mendapat maklumat terkini berkaitan bidang akademik dan kajian untuk pensyarah di Jabatan Patologi.

Unit Patologi Anatomi
Unit Hematologi & Transfusi Darah
Unit Patologi Kimia
Unit Mikrobiologi Perubatan & Parasitologi
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Perkhidmatan yang Disediakan:

Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal (JMDK) menyediakan perkhidmatan diagnostik dan runding cara di dalam bidang patologi yang berikut:

Unit Patologi Anatomik
  • Histopatologi
  • -Pemeriksaan spesimen pembedahan atau biopsi secara makroskopik dan mikroskopik beserta interpretasi dan diagnosis.
  • Sitologi
  • -Perkhidmatan saringan dan diagnostik ke atas sampel pesakit berdasarkan kepada morfologi sel. Ianya dibahagikan kepada dua kategori iaitu “Gynae Cytology” dan “Non-Gynae Cytology”
Unit Hematologi & Transfusi Darah Ujian hematologi rutin seperti bilangan darah (CBC), ESR, profil koagulasi darah, tahap fibrinogen dan filem darah periferi.
Perkhidmatan transfusi darah seperti penentuan jenis darah, saringan antibodi, saringan silang darah dan pembekalan komponen darah kepada pesakit. Perkhidmatan yang diberikan antara kolaborasi bersama Pusat Darah Negara (PDN).
Unit Patologi Kimia Patologi Kimia menyediakan perkhidmatan dalam menganalisa pelbagai komposisi biokimia di dalam darah dan bendalir badan seperti elektrolit, aras gas dalam darah, enzim, glukos, protein, lipid, hormon dan sebagainya. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi prosedur pre-analitikal, analisa dan interpretasi perubahan biokimia di dalam darah dan bendalir badan bagi tujuan saringan, diagnosis, prognosis dan pemantauan penyakit, serta khidmat konsultasi bagi tujuan diagnostik dan penyelidikan.
Unit Mikrobiologi Perubatan & Parasitologi Unit ini menyediakan perkhidmatan;
1. Diagnostik untuk bakteriologi, virologi, mikologi, immunologi, molekular dan parasitologi
2. Aktiviti kawalan jangkitan hospital, termasuklah pengawasan dan pemantauan penggunaan antibiotik dan pencegahan “hospital acquired infection”
Image
Latihan Pelbagai program latihan telah dijalankan di JMDK, seperti:
  • Pendidikan Perubatan Berterusan (CME)/ Kelab Jurnal: Perbincangan kes, pembentangan kes, perbincangan dengan jabatan klinikal yang lain, kuliah dan semakan jurnal yang dijalankan di peringkat unit dan jabatan secara  berkala.
  • Pusat latihan pascasiswazah: Pelajar Sarjana Patologi menjalani latihan induk mengikut kepakaran masing-masing dan latihan jangka pendek untuk calon Program Sarjana Perubatan yang lain.
  • Latihan industri untuk kursus ijazah sarjana muda sains berkaitan perubatan dari pelbagai universiti awam dan swasta di Malaysia
  • Latihan dalam perkhidmatan yang disediakan untuk kakitangan di dalam jabatan mengikut keperluan setiap unit khususnya untuk meningkatkan kemahiran klinikal, teknologi dan analisis dalam perkhidmatan yang sedia ada atau perkhidmatan baru. Kami sangat komited untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan dengan menghantar kakitangan secara individu atau berkumpulan untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan kepakaran di dalam sesuatu bidang patologi ke kursus yang dikendalikan oleh agensi atau badan profesional lain.
Aktiviti Kualiti
  • Penilaian Bahan kimia “reagent”
  • Pengesahkan kaedah
  • Kalibrasi kaedah
  • Kawalan kualiti kaedah
  • Audit prestasi
  • Audit dan ikhtisar sistem kualiti
  • “Turn-Around-Time”(TAT)
Kawalan Kualiti (EQA)
  • Haematology : RCPA
  • Transfusion medicine : RCPA & NEQABB
  • Chemical Pathology : RCPA & RIQAS
  • Anatomic Pathology : RCPA.MSOCQAP & IAPMD QAP
  • Medical Microbiology : RCPA,NEQAS,MCPath, MKAK & IMR
cdl img11
img21
img31
img41
img51





HUiTM Puncak Alam
24 Jam (kecuali Patologi Anatomik).

Pusat Pakar Perubatan UiTM Sg. Buloh:
24 jam

Terdapat seorang pakar patologi bagi setiap unit yang bertugas setiap hari selepas waktu pejabat untuk tujuan konsultasi.

Pengurusan Jabatan Makmal Diagnostik Klinikal

Ketua Jabatan
Dr. Mardiana Abdul Aziz
Tel: 03-33963702
Emel: mardiana2507@uitm.edu.my

Timbalan Ketua Jabatan
Dr. Arjoanna Farra Azizi
Tel: 03-33963704
Emel: drarjoanna@uitm.edu.my

Pembantu Tadbir
1. Nurul Aimi Rahmat
Tel: 03-339610802

2. Siti Nurliyana Zul'aziki
Tel: 03-61265215


A. Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam
1. Pusat Penerimaan Spesimen (CSR)
03-33963000 ext 10807

2. Unit Patologi Kimia
03-33963130

3. Unit Hematologi & Perubatan Transfusi
03-33963131 (Hematologi) / 03-33963135 (Bank Darah)

4. Unit Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan
03-33963128/3129

5. Unit Patologi Anatomi
03-33963127 (Histo) / 03-33963133 (Sito)


B. Pusat Pakar Perubatan UiTM, UiTM Sg. Buloh:
1. Pusat Penerimaan Spesimen Berpusat (CSR) / Unit Patologi Kimia

03-61265000 ext 5215

2. Unit Hematologi & Perubatan Transfusi
03-61265000 ext 5215 / 5209 (Bank Darah)

JABATAN MAKMAL DIAGNOSTIK KLINIKAL
NAMA JAWATAN EMEL SAMB.
Dr. Mardiana Abdul Aziz Ketua Jabatan/Pakar Patologi mardiana2507@uitm.edu.my 33963702
Dr. Arjoanna Farra Azizi Timbalan Ketua Jabatan/Pakar Patologi drarjoanna@uitm.edu.my 33963704
Nurul Aimi Rahmat Pembantu Tadbir (HASA) aimirahmat@uitm.edu.my 339610802
Siti Nurliyana Zul'aziki Pembantu Tadbir (PPUiTM) sitinurliyana@uitm.edu.my 61265215
Unit Patologi Anatomi
Dr. Awla Mohd Azraai Ketua Unit/Pakar Patologi awla3399@uitm.edu.my 33963701
Prof. Dr. Effat Omar Pakar Patologi effat@uitm.edu.my 33963701
Dr. Nor Salmah Bakar Pakar Patologi bsalmah@uitm.edu.my 33963701
Dr. Norizal Mohd Nor Pakar Patologi norizal@uitm.edu.my 33963132
Dr. Mardiana Abdul Aziz Pakar Patologi mardiana2507@uitm.edu.my 33963702
Dr. Muhammad Afif Munshi Pakar Patologi afif9675@uitm.edu.my 33963132
Dr. Nurfareha Mohd Hatta Pakar Patologi nurfareha@uitm.edu.my 33963701
Muhamad Idham Mohamed Pegawai Sains midham@uitm.edu.my 339610825
Khairil Idzwan Jamaludin Pegawai Sains khairil@uitm.edu.my 339610825
Unit Patologi Kimia
Prof. Dr. Noor Alicezah Mohd Kasim  Ketua Unit/Pakar Patologi noor202@uitm.edu.my 33963704
Assoc. Prof. Dr. Aletza Mohd Ismail Pakar Patologi aletza@uitm.edu.my 33963704
Dr. Nadzimah Mohd Nasir Pakar Patologi nadzimah@uitm.edu.my 33963704
Assoc. Prof. Dr. Thuhairah Hasrah Abd Rahman Pakar Patologi thuhairah@uitm.edu.my 33963704
Dr. Fathimah Mohamad Pakar Patologi drfathimah@uitm.edu.my 33963704
Dr. Arjoanna Farra Azizi Pakar Patologi drarjoanna@uitm.edu.my 33963704
Dr. Rafezah Razali Pegawai Sains Kanan rafezah091@uitm.edu.my 33963130
Sarina Ali Pegawai Sains Kanan (PPUiTM) sarina_ali@uitm.edu.my 61265213
Che Wan Juliana Che Wan Jaafar Pegawai Sains Kanan (PPUiTM) juliana837@uitm.edu.my 61265213
Nurul Iza Ismail Pegawai Sains nurul_iza@uitm.edu.my 339610826
Muhammad Shafiq Zaharii Pegawai Sains shafiqzahari@uitm.edu.my 339610826
Unit Hematologi & Perubatan Transfusi
Dr. Zalizah Khalid  Ketua Unit/Pakar Patologi zalizah@uitm.edu.my 33963706
Dr. Fatmawati Kamal Pakar Patologi fatmawati@uitm.edu.my 33963706
Dr. Madyhah Abdul Monir Pakar Patologi madyhah@uitm.edu.my 33963706
Assoc. Prof. Dr. Ummi Mohlisi Mohd Asmawi Pakar Patologi ummieasmawi@uitm.edu.my 33963706
Dr. Wan Asmuni Wan Mohd Saman Pakar Patologi asmuni03@uitm.edu.my 33963706
KOL. Dr. Amir Muhriz Abdul Latiff (B)) Pakar Patologi amuhriz@uitm.edu.my 33963706
Halimatun Radziah Othman Pegawai Sains Kanan halimatun@uitm.edu.my 339610824
Nurul Hanini Mohd Pegawai Sains nurulhanini@uitm.edu.my 339610821
Muhammad Fakhri Sallehuddin Pegawai Sains mdfakhri@uitm.edu.my 33963703
Unit Mikrobiologi Perubatan & Parasitologi
Dr. Nurul Azira Mohd Shah Ketua Unit/Pakar Patologi nurul890@uitm.edu.my 33963705
Assoc. Prof. Dr. Fadzilah Mohd Nor Pakar Patologi fadzi456@uitm.edu.my 33963705
Assoc. Prof. Dr. Syahrul Azlin Shaari Pakar Patologi syahrul@uitm.edu.my 33963705
Dr. Siti Farah Alwani Mohd Nawi Pakar Patologi sitifarah@uitm.edu.my 33963705
Dr. Farah Roslinda Mohd Rustami Pakar Patologi farah7757@uitm.edu.my 33963705
Dr. Noraziah Sahlan Pakar Patologi aziah94@uitm.edu.my 33963705
Dr. Normi Ngah Mohamed Pakar Patologi normi@uitm.edu.my 33963705
Dr. Siti Norbahiyah Awad Pakar Patologi norbaiyah@uitm.edu.my 33963705
Nor Zilawati Mohamed Isa Pegawai Sains Kanan norzielaisa@uitm.edu.my 339610823
Noor Aini Abu Bakar Pegawai Sains nooraini1541@uitm.edu.my 339610822
Abu Thalhah Abdul Aziz Pegawai Sains thalhahaziz@uitm.edu.my 339610823
Unit Patologi Genetik
Dr. Ruzi Hamimi Razali Ketua Unit/Pakar Patologi ruzihamimi@uitm.edu.my 339610819
Dr. Rose Adzrianee Adnan Pakar Patologi adzrianee82@uitm.edu.my 339610819
Sri Wahyuni Giarto Gatot Pegawai Sains sriwahyuni@uitm.edu.my 339610819
Unit Imunologi
Dr. Fatmawati Kamal Ketua Unit/Pakar Patologi fatmawati@uitm.edu.my 33963706
Mastura Ma'ad Pegawai Sains mastura0094@uitm.edu.my 33963707 / 61265274

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih