JABATAN PERUBATAN KECEMASAN


Jabatan Perubatan Kecemasan kami merupakan salah satu daripada kemudahan terkini yang terdapat di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM Puncak Alam. Jabatan ini dikendalikan oleh doktor pakar perubatan kecemasan yang terlatih dan profesional dalam memberikan rawatan perubatan kecemasan. Doktor pakar ini bekerjasama dengan sekumpulam pegawai perubatan dan paramedik perubatan kecemasan yang berbakat serta bermotivasi tinggi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.

Kami menyediakan rawatan perubatan kecemasan kepada pesakit yang memerlukan. Di jabatan ini, kami mengenal pasti kes-kes kecemasan, merawat dan menstabilkan pesakit seterusnya memastikan pesakit menerima rawatan selanjutnya daripada bidang kepakaran yang berkaitan.

Kami warga Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) komited untuk memastikan pesakit kami menerima rawatan kecemasan yang berkualiti melalui kaedah penjagaan berpusatkan pesakit.
Image
Kami warga Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit kami mengikut kaedah dan garis panduan klinikal yang terkini.

Temui pasukan kami!
: ASSOC. PROF. DR MOHD AMIN MOHD MOKHTAR
: Ketua Jabatan
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MBBS (IIUM) MmedEm (UM)
: Fellowship in Geriatric Emergency Medicine (TTSH, Singapore)
: PROFESSOR DR SABARIAH FAIZAH JAMALUDDIN
: Pakar Perunding Kanan Perubatan Kecemasan
: MBBCh Mmed(Anaes) UKM DipIMC (RCS Edib) FAMM
:  
: ASSOC. PROF. DR JULINA MOHD NOOR
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MBBCh (Cardiff) MmedEm (UM)
: Fellowship Critical & Emergency Ultrasound (Harvard)
: ASSOC. PROF. DR MOHAMAD IQHBAL BIN KUNJI MOHAMAD
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MD(UKM) Mmed(USM) MRCP(UK) AM
: DR IZZAT ISMAIL
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MBBCh BAO (Ireland) MmedEm (UM)
: Fellowship In Disaster Medicine (University of Texas Southwestern Medical Center)
: DR AB HALIM SANIB @ MUSANNIP
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MBBCh BAO MA (Ireland) MmedEm (UM)
:  
: DR SAFREEDA SF SALIM
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MD (Indonesia) MmedEm (UM)
:  
: DR MOHD FAZRUL MOKHTAR
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: Md (UKM) DrEmMed (UKM)
:  
: DR NURUL HUDA AHMAD
: Pakar Perunding Perubatan Kecemasan
: MBChB (Auckland) DrEmMed (UKM)
:  
: DR MUHAMMAD NUR AZMI BAHARUDDIN
: Perubatan Kecemasan
: MBBS (UiTM) DrEmMed (UKM)
:  
: DR MUHAMMAD ZULHILMI ABU BAKAR
: Perubatan Kecemasan
: MBBS (UiTM) DrEmMed (UKM)
:  
PERKHIDMATAN YANG DI JANGKAKAN

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilalui oleh pesakit semasa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA):
Image
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Image

WAKTU
OPERASI


24 jam sehari, 7 hari seminggu (termasuk cuti umum)

MAKLUMAT PELAWAT

Berdasarkan permintaan daripada kakitangan kami, pesakit dewasa di Jabatan Kecemasan dibenarkan untuk menerima hanya seorang pelawat dalam satu masa. Hal ini penting untuk memelihara privasi dan keselamatan pesakit di bawah jagaan kami.

Bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, seorang penjaga dibenarkan untuk menemani pesakit semasa di Jabatan Kecemasan.

Semasa wabak penyakit berjangkit atau bencana, kami akan mengehadkan hak melawat buat sementara waktu. Dalam situasi ini, pasukan kesihatan kami akan menggunakan cara perhubungan yang lain untuk mengemaskini perjalanan rawatan orang yang tersayang. 

Untuk pertanyaan, sila hubungi: 03-6126 5111 (Matron Radiah Ahmad/PPP Anur Farhana)

CAJ PERKHIDMATAN


Image

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih