JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

Image

Jabatan Kerja Sosial Perubatan dilihat berperanan sebagai memberi perkhidmatan sokongan klinikal, pemudahcara dan liaison officer kepada para pesakit dan waris yang menerima rawatan dan pemulihan. Pada permulaannya, Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) mula diwujudkan dan berkembang selari dengan keperluan perkhidmatan semasa Pusat Pengajian Klinikal/ Clinical Training Centre (CTC) Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh dengan menerima perjawatan seorang (1) Penolong Pegawai Sosial Perubatan S27 (Kontrak) pada 2 April 2012. UKSP telah beroperasi sepenuhnya di Aras 1, Pusat Pengajian Klinikal yang menawarkan perkhidmatan sokongan terapi dan bantuan praktik. Pada tahun 2014, nama UKSP telah bertukar kepada Bahagian Kerja Sosial Perubatan (BKSP) selaras dengan pertukaran nama institusi kepada Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM).

Pada September 2020 nama Bahagian Kerja Sosial Perubatan (BKSP) di tukar menjadi Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) selaras dengan penubuhan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam. Hospital ini juga mempunyai sebuah lagi fasiliti kesihatan yang lain iaitu di cawangan PPUiTM Kampus Sungai Buloh. Kini Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM telah memulakan operasinya di kampus UiTM Puncak Alam pada bulan April 2021 dan masih mengekalkan fasiliti kesihatannya di UiTM Kampus Sungai Buloh yang merupakan pusat pakar bagi merawat pesakit jantung dan paru-paru.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM kini mempunyai seramai seorang Pegawai Sosial dan Masyarakat (N41), seorang Penolong Pendaftar (N41), dua orang Pegawai Eksekutif (N29), seorang Penolong Pegawai Sosial Perubatan (S29), seorang Kerani Kanan (N22) dan tiga orang Kerani (N19). Di jangka dengan pertambahan pesakit di hospital ini kelak, jabatan ini akan terus menerima lebih ramai lagi Pegawai Sosial dan Masyarakat, Penolong Pendaftar dan Pegawai Eksekutif serta kakitangan sokongan bagi memastikan perkhidmatan di jabatan ini berjalan lancar dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan waris pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.

Image
Perkhidmatan Jabatan Kerja Sosial Perubatan dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu:

Pengurusan Terapi Sokongan
  1. Pendekatan Khidmat Perundingan
  2. Sokongan Emosi
  3. Intervensi Krisis
Pesakit Akut dan Kronik
Cubaan Bunuh Diri
Keganasan Rumahtangga
Ibu Tanpa Nikah
Pengangkatan Anak
Jenayah Seksual
Penderaan/Pengabaian Kanak-Kanak
Pesakit Terdampar dan Terbiar
Orang Kelainan Upaya (OKU)
HIV Positif/ AIDS
Ketagihan (Dadah/ Alkohol)
Pengurusan Bantuan Praktik Bantuan Kewangan (Peralatan Perubatan/ Ubat Khas)
Pengesanan Waris
Penempatan Institusi
Lawatan Rumah
Skim Ubat Prihatin HUiTM (SUPRIM)
Peminjaman Peralatan Perubatan
Lain-Lain Kes

Perkhidmatan yang berkaitan dengan terapi sokongan dan bantuan praktik seperti masalah tingkah laku, kebimbangan, masalah individu/ keluarga/ tempat kerja, perancangan discaj, urusan pendidikan khas, urusan penjagaan anak pelihara/ angkat dan sebagainya.

1. HUiTM Puncak Alam
Aras 1, Hospital UiTM Puncak Alam.

  Hari

  Waktu Operasi

  Isnin - Jumaat

  8.00 pagi – 5.00 petang

  1.00 petang – 2.00 petang (Rehat) (Isnin –  Khamis)

  12.15 tengahari – 2.45 petang (Rehat)        (Jumaat)

  Sabtu, Ahad dan Cuti      Umum

  Tidak beroperasi



2.
 PPUiTM Sungai Buloh
Aras 1, Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM), Kampus Sungai Buloh.

  Hari

  Waktu Operasi

  Rabu

  8.00 pagi – 5.00 petang

  1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)

  Sabtu, Ahad dan Cuti      Umum

  Tidak beroperasi

  • Waktu operasi perkhidmatan adalah sama dengan waktu operasi pejabat iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang dan waktu rehat hari Jumaat pada jam 12.15 tengahari hingga 2.45 petang.
  • Perkhidmatan tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
  • Memo dikeluarkan sekiranya perkhidmatan tidak beroperasi kerana cuti-cuti tertentu atau program-program tertentu.
: Puan Alliya Amira Binti Yasin
: Pegawai Sosial dan Masyarakat N41 (Ketua Jabatan)
: alliya@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 3111)
: Puan Nur Hazim Binti Amat Simin
: Penolong Pendaftar N41
: nurhazim@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 3110)
: Encik Muhammad Asyraf Bin Abdul Rahim
: Pegawai Eksekutif N29
: asyrafrahim@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 11006)
: Encik Abu Zariq Bin Abdul Rahman
: Pegawai Eksekutif N29
: abuzariq@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 11007)
: Encik Ahmad Faizal Bin Abd Karim
: Kerani Kanan N22
: afaizal@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 3109)
: Cik Normazlina Binti Mat Noor
: Kerani N19
: mazlinanoor@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 3108)
: Cik Nurul Jannah Binti Nazarudin
: Kerani N19
: jannahnazarudin@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 3108)
: Cik Safara Nurul Nadia Binti Zamri
: Kerani N19
: safara@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 (Ext No : 14502)
Hubungi Kami

Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Aras 1, Hospital UiTM Puncak Alam

Tel: 03-3396 3000 (ext: 11011) / 03-3396 3108 (WhatsApp)

Email: bkspuitm@gmail.com

Image
Image
Image

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih