JABATAN KARDIOVASKULAR DAN TORAKS

Perkhidmatan pembedahan kardiovaskular dan torasik merupakan suatu bidang kepakaran yang khusus dan penting.  Selaras dengan perkembangan perkhidmatan ini di Fakulti Perubatan UiTM dan permintaan perkhidmatan ini di seluruh Malaysia yang masih tinggi, maka proses penambahbaikan perkhidmatan Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik amat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat diperkembangkan mengikut keperluan untuk melahirkan lebih ramai pakar-pakar pembedahan kardiovaskular dan torasik bagi menampung beban pertambahan pesakit jantung di masa hadapan.
  • Unit Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik telah dimulakan sejak tahun 2007 oleh seorang Pakar Bedah Perunding iaitu Professor Dr Hafil Budianto yang pada itu memfokuskan kepada aspek penyediaan unit dan pendidikan Prasiswazah sehigga tahun 2010.
  • Pada tahun 2013, unit ini dianggotai oleh seorang Pakar Bedah Perunding ( Prof Dr. Mohd Zamrin Bin Dimon ) dan bersama dua orang Pelatih Kepakaran Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik ( Dr. Adli Azam Bin Mohamad Razi dan Dr Muhammad ‘Abid Bin Amir ).
  • Pada tahun 2014, terdapat penambahan seorang lagi doktor Pelatih Kepakaran Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik (Dr Noor Izham Bin Ismail).
  • Pada tahun 2018, terdapat pertambahan dua orang Pakar Bedah Kardiovaskular dan Torasik (Dr Adli Azam dan Dr Abid Amir) setelah kedua pelatih kepakaran ini tamat latihan kepakaran dan telah didaftarkan di ‘National Specialist Registry’ (NSR).
  • Pada tahun 2019, seorang lagi Professor iaitu Prof Dato’ Dr. Zainuddin Bin Wazir telah menyertai unit Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik, Fakulti Perubatan UiTM.
  • Pada tahun 2020, terdapat pertambahan 6 orang Pensyarah Perubatan Pelatih yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik iaitu:
  • Dr Irwan Samsudin
  • Dr Muhammad Juffri Bin Samsuddin
  • Dr Tuan Muhamad Syukri Tuan Kob
  • Dr Muhammad Syafiek Mohd Razali
  • Dr Nazurah Badrul Zaman
  • Dr Wan Mohamad Afham Wan Jusoh
  • Dr Allim Khairuddin
  • Sehingga ke tarikh ini, unit Kardiovaskular dan Torasik ini terdiri daripada 2 orang Professor, 2 Pakar Perunding Bedah dan 7 orang Pensyarah Perubatan Pelatih .
(Doktor pelatih kepakaran Dr Noor Izham telah meninggal dunia pada 2019)
 
Visi
Jabatan Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik sebagai Institusi Penyelidikan dan Latihan Klinikal.

Misi

Jabatan Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik  UITM sebagai "Pusat Kecemerlangan"


Kini, unit Pembedahan Kardiovaskular dan Torasik UiTM dapat menawarkan perkhidmatan pembedahan yang lebih luas seperti:
  1. Coronary Artery Bypass Grafting ( CABG )
    - On- pump / Off-pump
    - MICS CABG
  2. Valvular Replacement / Repair
    - Conventional
    - Minimally Invasive
  3. Adult Septal Defect Repair
    - Conventional
    - Minimally Invasive
  4. Conventional /Minimally Invasive Thoracic Surgery
    - Video Assisted Thoracic Surgery (VATS)
    - Robotic Thoracic Surgery
  5. Endoscopic Vein / Radial Artery Harvesting
  6. MAZE Procedure of Atrial Fibrillation
Isnin - Khamis

8am - 1pm

2pm - 5pm

Jumaat

8am - 12.15pm

2.45pm - 5pm

Buka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.

Nombor untuk dihubungi


Tel: 03-6126 5133/ 03-6126 5392

 

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih