Jabatan Dietetik dan Sajian

Jabatan Dietetik telah memulakan operasinya sejak tahun 2010 lagi menjelang penubuhan kampus Fakulti Perubatan, UiTM Selayang. Pada ketika itu, Jabatan Dietetik hanyalah dianggotai oleh dua orang Pegawai Dietetik. Kemudian, pada tahun 2011, Jabatan Dietetik dan Sajian telah berkembang dengan penubuhan Pusat Pakar Perubatan UiTM kampus Sungai Buloh, di mana servis sajian untuk bekalan wad telah mula dilancarkan. Terkini, Jabatan Dietetik dan Sajian terus berkembang dengan jayanya dengan pembukaan Hospital UiTM Puncak Alam.
Jabatan Dietetik dan Sajian kini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Dietetik U44, dan dibantu oleh dua orang Pegawai Dietetik U44, seorang Pegawai Dietetik U41 serta dua orang Penolong Pegawai Sains C29. 
Image
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan Dietetik klinikal, penyediaan makanan dan menjadi pusat rujukan diet dan nutrisi dalam perkhidmatan Dietetik secara profesional. 

Misi
Jabatan Dietetik dan Sajian komited dalam memastikan penambaikan di dalam perkhidmatan Dietetik klinikal, perkhidmatan sajian makanan dan promosi kesihatan terhadap pesakit. 

Objektif
  • Memberikan khidmat nasihat secara menyeluruh
  • Menyediakan diet dan sajian makan yang sihat, seimbang dan berkualiti kepada pesakit
  • Menyediakan perkhidmatan Dietetik dan sajian makanan yang tepat berdasarkan keperluan pesakit
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dari pelbagai aspek seperti pengurusan, perkhidmatan Dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian. 
  • Menyediakan latihan sangkutan klinikal perkhidmatan Dietetik.
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan kepada pesakit dalam dan pesakit luar berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan.
Untuk pesakit dalam, perkhidmatan dietetik klinikal merangkumi:
  • Perkhidmatan konsultasi diet (berdasarkan diagnosis perubatan dan isu perubatan terkini)
  • Sokongan pemakanan enteral
  • Pendidikan pemakanan untuk individu dan berkumpulan
  • Pendidikan dietetik atau aktiviti latihan Dietetik secara berterusan di peringkat komuniti, pemberian ceramah, bengkel dan seminar
  • Menyediakan latihan sangkutan klinikal perkhidmatan Dietetik kepada pelajar program Dietetik universiti
  • Bekalan formula enteral ke wad 
Untuk pesakit luar, perkhidmatan kami merangkumi pendidikan makanan secara individu dan berkumpulan. Untuk mendapatkan temujanji secara terus, anda perlu mendapatkan surat rujukan pesakit melalui Pegawai Perubatan.

Perkhidmatan Sajian
  • Membekalkan diet kepada pesakit dalam dan doktor bertugas atas panggilan
  • Menyediakan bekalan bahan makanan kering untuk keperluan pesakit di wad
  • Memantau operasi dan aktiviti syarikat kontraktor penyediaan makanan yang dilantik dalam perkhidmatan sajian kepada pesakit
  • Proses pembelian dan perolehan termasuk pembelian, penerimaan, pengurusan invois dan dokumen pembayaran
Latihan Jabatan
Jabatan Dietetik dan Sajian mengadakan sesi CDE sebanyak sekali sebulan mengikut jadual yang telah diatur. Tajuk merangkumi perkhidmatan Dietetik klinikal, journal review dan perkhidmatan sajian. 
Jabatan ini juga menyediakan latihan sangkutan Dietetik klinikal kepada pelajar kursus Dietetik universiti dan kepada Clinical Instructor untuk pelajar program Dietetik universiti

Aktiviti Kualiti
Perkhidmatan Dietetik Klinikal 
  • Peratus pesakit dalam yang dijumpa oleh pegawai dietetik dalam tempoh 24 jam [(1) hari waktu bekerja]
  • Peratusan pesakit menerima sekurang-kurangnya 70% daripada saranan keperluan tenaga dalam tempoh 5 hari selepas dimulakan pemakanan enteral
Perkhidmatan Sajian
  • Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan dari semasa ke semasa
  • Melaksanakan laporan incident jika terdapat kontaminasi fizikal di dalam makanan yang disediakan kepada pesakit
KLINIK DIET PESAKIT LUAR
Selasa 8.30 pagi – 12.30 tengahari Klinik 1 Pusat Pakar Perubatan UiTM Sungai Buloh
Rabu 8.30 pagi – 12.30 tengahari Klinik 1 Pusat Pakar Perubatan UiTM Sungai Buloh
Khamis 8.30 pagi – 12.30 tengahari  Klinik Pakar Perubatan Hospital UiTM Puncak Alam
Jumaat 8.30 pagi – 12.15 tengahari Klinik Pakar Perubatan Hospital UiTM Puncak Alam


KLINIK COMBINE OBS-ENDO
Setiap isnin, minggu keempat setiap bulan.

JADUAL HIDANGAN MAKANAN UNTUK PESAKIT DALAM
Sarapan - 7.00 pagi – 7.30 pagi
Makan Tengahari - 12.00 tengahari – 12.30 tengahari
Minum Petang - 3.00 petang – 3.30 petang
Makan Malam - 6.00 petang – 6.30 petang

: Puan Nor Fatimah Binti Ishak
: Pegawai Dietetik U44 (Ketua Jabatan)
: 03-33963000 (ext:10401)
: fatimahishak@uitm.edu.my
: Puan Mazlina Binti Idros
: Pegawai Dietetik U44
: 03-61265420 (PPUiTM Sungai Buloh)
: mazlinaidros@uitm.edu.my
: Puan Hazelin Binti Abd Rahim
: Pegawai Dietetik U44
: 03-33963000 (ext: 10406)
: hazelinrahim@uitm.edu.my
: Puan Izzah Binti Ismail
: Pegawai Dietetik U41
: 03-339603000 (ext:10405)
: izzahismail@uitm.edu.my
: Puan Norsyuhadah Binti Mazlan
: Penolong Pegawai Sains C29
: 03-33963000 (ext:10407)
: norsyuhadah@uitm.edu.my
: Encik Ahmad Naquidin Bin Khalid
: Penolong Pegawai Sains C29
: 03-33963000 (ext:10409)
: ahmadnaquidin@uitm.edu.my
: Puan Nadiah Binti Azmi
: Pembantu Tadbir N19
: 03-33963000 (ext:10409)
: nadiahazmi@uitm.edu.my

 

Hospital UiTM Puncak Alam
Jabatan Dietetik dan Sajian
Aras 1
Hospital UiTM 
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor

No Telefon : 03 3396 3000
Samb : 10409
Untuk sebarang urusan temujanji Diet di Klinik Pesakit Luar, sila hubungi :
Klinik Pakar Perubatan : 03 3396 3200

Pusat Pakar Perubatan UiTM
Kampus Sungai Buloh
Jabatan Dietetik dan Sajian
Aras 1
Pusat Pakar Perubatan UiTM
47000 Sungai Buloh
Selangor 

No Telefon : 03 6126 5420 
Untuk sebarang urusan temujanji Diet di Klinik Pesakit Luar, sila hubungi :
Klinik 1 : 03 6126 5250

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih