PEJABAT TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN KLINIKAL

Pejabat Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM berperanan dalam menyelia dan mengurus jabatan-jabatan di bawah sokongan klinikal dan perawatan pesakit di HASA UiTM berdasarkan polisi dan dasar yang telah ditetapkan bagi memastikan kesinambungan rawatan pesakit. Jabatan-jabatan di bawah seliaan Pejabat Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) terdiri daripada :

  • Jabatan Farmasi
  • Jabatan Maklumat Pesakit
  • Jabatan Kerja Sosial Perubatan
  • Jabatan Dietetik & Sajian
  • Jabatan Infostruktur
  • Jabatan Infrastruktur
  • Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan

Selain itu, pejabat ini juga berperanan dalam menyelaras program khidmat masyarakat, pemeriksaan kesihatan, pasukan perlindungan perubatan dan bantuan bencana.

timb-pengarah-sokongan-klinikal Nama : DR. IZZAT ISMAIL
Jawatan : TIMBALAN PENGARAH (SOKONGAN KLINIKAL)
No Telefon Pejabat : 03-3396 3334
Emel : izzat@uitm.edu.my
pen-timb-pengarah-sokongan-klinikal Nama : DR. HAZMYR ABDUL WAHAB
Jawatan : PENOLONG TIMBALAN PENGARAH (SOKONGAN KLINIKAL)
No Telefon Pejabat : 03-3396 3335
 Emel : hazmyr@uitm.edu.my
farah-zafirah Nama : FARAH ZAFIRAH FEIZAL
Jawatan : PEMBANTU TADBIR
No Telefon Pejabat / WhatsApp : 03-3396 3335 / 03-3396 3335
Emel : farahzafirah@uitm.edu.my

Pejabat Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal)
Aras 10
Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
E-mel : tpsk_huitm@uitm.edu.my

Image
Pejabat Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) berperanan dalam melaksanakan dan menyelia Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS). Program KRIS ini merupakan program di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merupakan program jangkau luar (Outreach) melalui perkhidmatan klinik bergerak, saringan kesihatan, pendidikan kesihatan, kempen kesedaran dan aktiviti promosi yang mana rawatan asas dan pemeriksaan percuma akan disediakan kepada komuniti bagi memperkasakan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Program KRIS ini melibatkan Hospital Pengajar Universiti Awam di Malaysia dan HASA telah melaksanakan program ini bermula tahun 2022. Sebanyak 8 program telah dilaksanakan pada tahun 2022 dan 16 program pada tahun 2023.

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih