Program: Audit Dalaman MSQH
Tarikh: 10 Julai 2023 hingga 08 Ogos 2023
Tempat: Seluruh Jabatan/Unit/Pusat Perkhidmatan
Sinopsis:
Audit dalaman ini telah dijalankan bagi mengenalpasti peluang penambahbaikan terhadap keperluan MSQH sebagai persediaan menghadapai MSQH pada November 2023. Auditor daripada jabatan lain telah dilantik dan disusun bagi menjalankan proses pengauditan tersebut.Namun begitu, Hospital Al-Sultan Abdullah juga menjemput beberapa auditor dari luar bagi berkongsi pengalaman dan penambahbaikan untuk beberapa standard kritikal seperti Tuan IR Al-Khairi Mohd Daud (Surveyor MSQH), Ybrs Dr. Afidah Ali (Pengarah Hospital Selayang), Ybrs Dr. Aida binti Amir (Timbalan Pengarah Perubatan 2, Hospital Selayang) dan Ybrs Dr. Shahli Aiman (Ketua Unit Kualiti, Hospital Selayang).