Program: Program Sanggar Kerja 2022
Tarikh: 18 Januari 2023
Tempat: Royal Chulan Damansara Hotel
Sinopsis:
Program Sanggar Kerja 2022 adalah merupakan Program Diskusi Pencapaian Hospital Al-Sultan Abdullah sepanjang Januari hingga Disember 2022. Program Sanggar Kerja yang dipengerusikan oleh Pengarah dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal, Timbalan Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Kewangan, Ketua-Ketua Jabatan/Unit/Pusat Perkhidmatan dan Wakil-Wakil Jabatan/Unit/Pusat Perkhidmatan. Program Sanggar Kerja ini bertanggungjawab untuk mengkaji semula keberkesanan perlaksanaan sistem pengurusan kualiti serta mencadangkan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dalam semua input kajian mesyuarat seperti pencapaian Petunjuk Prestasi Utama, Analisa Aduan Pesakit/Staf, Tinjauan Kepuasan Pesakit/Staf, Prestasi Pencapaian Setiap Jabatan/Unit/Pusat Perkhidmatan, Pencapaian Perancangan Strategik Utama Hospital, Cadangan Penambahbaikan dan sebagainya.Program ini adalah program tahunan yang telah dikendalikan oleh Jabatan Peningkatan Kualiti dan Keselamatan Pesakit pada Edisi Pertama.