LAWATAN KERJA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BERSAMA UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI (UPE, JPM) DAN UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JABATAN PERDANA MENTERI (UKAS, JPM) KE HOSPITAL UiTM PUNCAK ALAM
1 Julai 2022 – HUiTM hari ini menerima lawatan kerja dari Kementerian Pengajian Tinggi bersama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM). Delegasi seramai 33 orang diketuai Puan Azlinda Azman, SUB (P) Bahagian Pembangunan KPT dan turut disertai Tuan Hj. Kamaruzaman Mahmood, SUB (W), Puan Amirthavalli A/P A.V. Muthiah, KPP Bahagian Pembangunan Modal Insan (UPE, JPM), Encik John Patrick Antonysamy, TKP (Pembangunan II) serta Encik Abdul Jalil Jamadil Akhir (UKAS, JPM) dan Puan Foo Sook Fuang, KPP Belanjawan Negara (Kementerian Kewangan).
Hadir menyambut delegasi ini ialah Prof. Dato' Ir. Ts. Dr Haji Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah HUiTM, Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan Puncak Niaga Holdings Berhad, Dato’ Jamal Buyong, Pemangku Pengarah Urusan TRIplc, barisan Pengurusan HUiTM, Ketua-ketua Jabatan dan wakil pegawai dari Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM.
Fokus utama lawatan kerja ini adalah bagi mengadakan perbincangan berhubung status semasa pelaksanaan projek, perancangan pembangunan masa hadapan serta perkembangan terkini perkhidmatan yang disediakan oleh HUiTM. Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah hospital turut berkongsi aspirasi HUiTM yang sedang mengorak langkah menjadi sebuah sebuah Premier Teaching Hospital dan memangkin pembangunan “Medical City” bagi kawasan utara Selangor.
Delegasi juga dibawa melawat fasiliti-fasiliti di HUiTM termasuk di Wad Kanak-kanak, Jabatan Psikiatri, Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Pemulihan, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak serta Nefrologi dan Dialisis.
#HospitalUiTM
#UiTMdihatiku
#KeluargaUiTM
#KompetensiGlobal
- Jumlah paparan: 52