Unit Respiratori

Perkhidmatan respiratori di UiTM telah bermula seawal tahun 2008 dengan tertubuhnya Fakulti Perubatan di Kampus Selayang. Pada masa ini, perkhidmatan yang tersedia adalah khidmat rundingan doktor pakar respiratori (Klinik Pakar Respiratori), ujian fungsi paru-paru, ujian apnea tidur, serta prosedur pemeriksaan salur paru-paru berkamera (bronkoskopi).

Bermula tahun 2013, Pusat Latihan Klinikal (Clinical Training Centre) Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh ditubuhkan yang kemudiannya diiktiraf sebagai Pusat Pakar Perubatan UiTM. Perkhidmatan di Kampus Selayang dikekalkan manakala perkhidmatan di PPPUiTM Sungai Buloh diperluaskan dengan menawarkan ujian lanjutan fungsi paru-paru yang mampu digunakan dalam diagnosis penyakit seperti severe asthma, COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease), fibrosis paru-paru, ILD (Interstitial Lung Disease) serta penyakit kardiorespiratori yang lebih kompleks.

Pada tahun 2021, Hospital UiTM (kini dikenali Hospital Al-Sultan Abdullah) memulakan operasinya. Unit Respiratori berpindah ke bangunan hospital ini yang terletak di dalam Kampus Puncak Alam. Semua operasi di Kampus Selayang telah ditamatkan, manakala perkhidmatan di PPPUiTM Sungai Buloh hanya terhad kepada ujian fungsi paru-paru dan prosedur bronkoskopi sahaja.

Unit Respiratori kini diterajui oleh tiga orang doktor pakar di samping beberapa orang pegawai perubatan pascasiswazah. Klinik Pakar Respiratori kini diadakan secara berkala tiga kali seminggu dengan kapasiti pesakit sehigga 60 orang setiap hari. Pesakit yang hadir adalah secara kes rujukan dari fasiliti kesihatan awam atau swasta lain yang berdekatan.
Visi
Mengungguli bidang penjagaan kesihatan pulmonologi (paru-paru) melalui perawatan kesihatan, latihan kepakaran dan sub-kepakaran, serta kajian dan pembangunan (R&D) berdasarkan piawaian antarabangsa. Menjadi pelopor dalam kecemerlangan perawatan & penjagaan kesihatan, inovasi, dan juga akademik.


Misi
Memberi inspirasi dan sumbangan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan (pulmonologi) dengan menyediakan penjagaan terbaik kepada setiap pesakit melalui praktis klinikal berintegrasi, pendidikan pesakit, serta penyelidikan berterusan. Menyampaikan perkhidmatan dengan sikap kebertanggungjawab dan empati selaras dengan piawaian yang ditetapkan. 


Nilai-Nilai
  • Penyayang
  • Akauntabiliti
  • Menghormati
  • Inovasi
Pusat Perkhidmatan Respiratori Hospital Al-Sultan Abdullah kini menyediakan perkhidmatan rudingan, rawatan, dan juga pendidikan mengenai penyakit berkait paru-paru dan juga permasalahan tidur.

1. Klinik Pakar Respiratori (Klinik Am & Multi-disiplin)
2. Klinik Pakar Severe Asthma
3. Klinik TB (tuberculosis)
4. Rawatan penyakit asma, COPD, fibrosis paru-paru, kanser paru-paru
5. Rundingan, rawatan, dan pendidikan berkaitan permasalahan tidur (sleep disorders) seperti sleep apnea, insomnia, parasomnia, sleep deprivation.

Jika anda pesakit yang ingin menghantar Surat Rujukan dari hospital/fasiliti kesihatan lain bagi mendapatkan tarikh temujanji Klinik Pakar Respiratori, boleh gunakan saluran seperti berikut:

1. Muatnaik Surat Rujukan secara dalam talian di link: https://outpatient.uitm.edu.my/ 
2. Anda akan dihubungi oleh staf klinik
3. Sebarang masalah muatnaik, hubungi Klinik Pakar Perubatan: 03 - 3396 3000 ext. 11308 (waktu pejabat)

Pertanyaan temujanji Pakar Respiratori:
03 - 3396 3000 ext. 11308 (Klinik Pakar Perubatan)

Pertanyaan temujanji berikut:
1. Ujian Fungsi Paru-Paru
2. Ujian Tidur

Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (Puncak Alam): 03 - 3396 3000 ext. 10922
Pusat Pakar Perubatan UiTM (Sungai Buloh): 03 - 6126 5270

Pertanyaan umum berkaitan sebarang perkhidmatan Unit Respiratori:
Emelkan ke respiratory@uitm.edu.my 
Hubungi / Whatsapp 03 - 6126 5270

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih