Unit Nefrologi telah ditubuhkan pada September 2015 di Clinical Training Centre Kampus UiTM Sungai Buloh. Unit ini asalnya ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pesakit buah pinggang termasuk Penyakit Renal Peringkat Akhir (ESRD), Kecederaan Buah Pinggang Akut (AKI) dan keadaan lain yang memerlukan rawatan dialisis. Perkhidmatan yang disediakan termasuk kemudahan hemodialisis yang bersih dan moden serta kemudahan dialisis peritoneal.
Unit Nefrologi ini telah berkembang dengan bermulanya operasi Hospital UiTM, Hospital Al Sultan Abdullah di Puncak Alam. Unit baru ini menyediakan perkhidmatan hemodialisis, peritoneal dialisis dan juga pemindahan buah pinggang. Sejak Julai 2021, Unit ini telah menerima pesakit bagi rawatan hemodialysis.
SKOP PERKHIDMATAN
i. Perkhidmatan Hemodialisis- Rawatan hemodialisis pesakit akut
- Rawatan hemodialisis pesakit kronik ESRD
- Rawatan komplikasi pesakit hemodialisis
- Rawatan susulan pesakit kronik
- Kauselling dan nasihat kepada pesakit hemodialisis
- Persediaan pesakit yang akan menjalani pembedahan ‘Tenckhoff catheter’ insertion
- Kauselling dan nasihat kepada pesakit peritoneal dialisis
- Rawatan komplikasi peritoneal dialisis
- Rawatan susulan pesakit kronik
- Rondaan (ward round) setiap hari
- Rawatan dialisis untuk pesakit di ICU
- Klinik hemodialisis dan peritoneal dialisis
- Klinik CKD
- Klinik Transplant dan Glomerulonephritis
- Renal Biopsi
- Pembedahan pemasangan kateter dialisis
- Pengambilan darah rutin
Nama | Jawatan | |
Dr Muhammad Iqbal Abd. Hafidz | 1. Ketua Jabatan Pusat Perkhidmatan Nefrologi. 2. Pakar Perubatan dan Nefrologi |
iqbal739@uitm.edu.my |
Dr Ahmad Azhar b. Abdul Rahim | azharabdulrahim@uitm.edu.my | |
Dr Noor Muslia bt Ahmad Mustafa | Pegawai Perubatan Pakar UD53 | noormuslia@uitm.edu.my |
Dr Anas bin Mat Asis | Pakar Perubatan Dalaman UD51 | anas@uitm.edu.my |
ADDRESS
Pusat Perkhidmatan Nefrologi,Aras 3,
Hospital Al-Sultan Abdullah (UiTM),
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor
TELEPHONE
+603 3396 3000 ext. 12603 & 12604