UNIT HEMATOLOGI

Unit Hematologi ialah unit subkepakaran di bawah Jabatan Perubatan. Unit ini memulakan perkhidmatannya pada Mei 2020. Kami bermula dengan menyediakan perkhidmatan perundingan untuk pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Daripada klinik sekali seminggu, kami telah menambah masa klinik kami kepada dua kali seminggu pada 2021 dan merancang untuk membuka unit rawatan harian pada Februari 2022. Pada masa ini, kami menawarkan perkhidmatan rawatan untuk penyakit seperti AIHA, ITP, Thalassemia serta prosedur diagnostik dan terapeutik.  Pada tahun 2022, kami berharap dapat mengembangkan perkhidmatan kami seperti menawarkan rawatan untuk penyakit Multiple myeloma dan di masa akan datang, menyediakan platform untuk rawatan hemato-onkologi dengan lebih meluas.

Menjadi pusat rujukan untuk rawatan kesihatan bagi pesakit-pesakit Hematologi dan menjadi platform untuk latihan klinikal siswazah, pasca-siswazah dan penyelidikan.
Menawarkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta meyediakan latihan komprehensif untuk pelajar siswazah dan pasca-siswazah.

Objektif
  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan yang berkualiti
  • Menyediakan latihan berterusan dan meningkatkan kecekapan kakitangan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan buat masa kini adalah: 

1. Menjalankan prosedur-prosedur diagnostik dan terapeutik seperti pemeriksaan sum-sum tulang, venesection, lumbar punture dan lain-lain.
2. Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit darah bukan barah seperti AIHA, ITP, Thalassemia dan sebagainya.
3. Menjalankan rawatan pemindahan darah, platelet dan sebagainya.
4. Menjalankan ujian diagnostik dan rawatan untuk Multiple myeloma.

Waktu operasi bagi konsultasi klinik adalah seperti berikut:

ISNIN

8 pg- 12 tgh

SELASA

8 pg- 12 tgh

KHAMIS

8 pg- 12 tgh

Pegawai untuk dihubungi

Ketua Jabatan Hematologi:Dr.Norashikin binti Saidon

Jururawat : SN Muhammad Arifin Bin Abu Hasan

Jururawat: SN Nur fadhillah binti arzman

Tel: 03-6126 10707 / 03-6128 10708

Email: shikin_saidon@uitm.edu.my

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih