Pusat Perkhidmatan Unit Dermatologi menawarkan konsultasi dermatologi sebagai pesakit luar dan pesakit dalam di Hospital UiTM. Kami menjalankan perkhidmatan pesakit luar sebagai pusat rujukan dermatologi di Klinik Pakar Perubatan di tingkat dua. Pasukan profesional kami terdiri daripada pakar perunding dermatologi, pakar klinikal dermatologi, pegawai perubatan dan jururawat terlatih dan bertauliah dengan asas dermatologi.
Misi
Untuk memperkenalkan kualiti dalam penjagaan kesihatan kulit dan mempromosikan kepimpinan dalam dermatologi melalui penjagaan dermatologi yang cemerlang dan penuh kreatif di dalam pengajaran dan penyelidikan.
Visi
Diiktiraf sebagai peneraju dalam kelas dunia, kecemerlangan terkini dalam perkhidmatan klinikal, pengajaran dan penyelidikan dan pusat sehenti untuk alahan, imunologi, estetik dan dermatosurgeri.
Objektif:
Misi
Untuk memperkenalkan kualiti dalam penjagaan kesihatan kulit dan mempromosikan kepimpinan dalam dermatologi melalui penjagaan dermatologi yang cemerlang dan penuh kreatif di dalam pengajaran dan penyelidikan.
Visi
Diiktiraf sebagai peneraju dalam kelas dunia, kecemerlangan terkini dalam perkhidmatan klinikal, pengajaran dan penyelidikan dan pusat sehenti untuk alahan, imunologi, estetik dan dermatosurgeri.
Objektif:
- Berfungsi dengan efektif bagi menyediakan perundingan dermatologi dalam penjagaan perubatan dan holistik yang optimum kepada pesakit.
- Untuk melakukan penilaian yang lengkap kepada pesakit
- Untuk menggunakan intervensi dermatologi pencegahan, diagnostik dan terapeutik dengan berkesan.
- Untuk menggabungkan pengajaran, penyelidikan, dengan inovasi, selari dengan perkhidmatan klinikal.
Skop perkhidmatan di Pusat Dermatologi adalah:
Perkhidmatan
- untuk mempromosikan penjagaan kesihatan kulit yang baik kepada pesakit melalui pendidikan tentang penyakit kulit yang dijangkiti, pendidikan mengubah suai tingkah laku dan aplikasi rawatan kulit yang betul.
- berfungsi dengan berkesan untuk memberikan konsultasi dermatologi yang sesuai dalam menyediakan penjagaan perubatan dan holistik yang optimum.
- memudahkan penjagaan diri pesakit dan mengoptimumkan kehidupan dengan penyakit kronik kulit.
- untuk menghasilkan suasana yang selesa untuk pendidikan dermatologi dan latihan kepada pelajar klinikal.
Perkhidmatan
- Perundingan dermatologi pesakit dalam dan pesakit luar dengan rujukan.
- Penyiasatan diagnostik yang berkaitan dengan dermatologi:
- biopsi kulit
- 'skin scrapping/ nail clipping for culture'
- ujian darah
- 'patch test'
- Rawatan dermatologi:
- ubat-ubatan
- fisikal ( fototerapi)
- prosedur
- Prosedur dermatologi yang disediakan:
- 'Cryotherapy'
- 'Electrocautery'
- suntikan dalam kulit
- 'IPL and CO2 laser'
- pengeluaran 'cyst'
- pencucian luka pada kulit
Selasa |
8 pagi - 1 petang |
---|---|
Khamis |
8 pagi - 1 petang 1.45 petang - 4 petang ( Hari prosedur dalam minggu yang ditetapkan sahaja ) |
Pegawai untuk dihubungi |
Ketua Jabatan: Prof Dr Tarita binti Taib Tel: 03- 33963000/03- 33963207 Email: taritataib@uitm.edu.my |
---|