BAHAGIAN SPIRITUALITI & KAUNSELING

PENGENALAN

Bahagian Spiritualiti & Kaunseling merupakan satu entiti yang menggabungkan perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan Kaunseling dan diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia (JPSM), Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Penubuhan Bahagian Spiritualiti & Kaunseling ini bertujuan menyediakan perkhidmatan berteraskan kerohanian dan kaunseling kepada pesakit, waris dan warga dari sudut fizikal, mental dan rohani selaras dengan tuntutan agama. Fungsi Bahagian Spiritualiti & Kaunseling Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM merangkumi aspek:

  1. Bimbingan agama dan penjagaan spiritualiti
  2. Pengurusan & pengimarahan surau utama
  3. Pengurusan program Hospital Mesra Ibadah
  4. Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan staf
  5. Program pembangunan diri pesakit dan staf

OBJEKTIF JABATAN

Bahagian Spiritualiti & Kaunseling bertanggungjawab memberi perkhidmatan berteraskan agama, penjagaan spiritual dan psikologikal dengan cekap dan efektif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit, waris dan seluruh warga HASA UiTM. 

Skop perkhidmatan Bahagian Spiritualiti & Kaunseling ialah bertanggungjawab dalam menguruskan dan memberi perkhidmatan berkaitan seperti berikut:

  1. Bimbingan dan nasihat agama kepada pesakit dan staf
  2. Pengurusan & pengimarahan surau utama
  3. Pengurusan Program Hospital Mesra Ibadah
  4. Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan staf
  5. Program pembangunan diri pesakit dan staf
  6. Kerjasama program dengan jabatan atau organisasi luar

Program Rutin
No Program/Aktiviti Time Target Person
1 Solat Fardhu berjemaah Setiap waktu Solat Pelawat & Staf
2 Pengumuman waktu solat/Azan Setiap kali masuk solat Pelawat, Staf & Pesakit
3 Bacaan Doa Pagi 8.00 pagi  Pelawat, Staf & Pesakit
4 Bacaan Doa Pertukaran Syif Setiap Pertukaran Syif Staf & Pesakit
5 Perkongsian Tazkirah (Media Sosial) Mingguan Staf & Pesakit
6 Bimbingan Agama 10.00 am – 12.00 pm
3.00 pm – 4.00 pm
Staf & Pesakit
7 Bimbingan Al-Quran 2.00 pm – 3.00 pm Staf & Pesakit

 

Program Berkala
No Program/Activities Date Time
1 Program Mauizah Setiap Bulan 3.00 pm - 4.00 pm
2 Kelas Fiqh Ibadah Setiap Bulan 7.45 pm - 8.15 pm
3 Majlis Bacaan Yasin Hari Khamis 7.45 pm - 8.45 pm
4 Kursus/Bengkel Ibadah Pesakit 4 Siri -
5 Kursus Pengurusan Jenazah Tahunan -
6 Pameran Hospital Mesra Ibadah (HMI) November
9.00 am – 4.00 pm
7 Bengkel Asas Penjagaan Spiritualiti Tahunan
9.00 am – 4.00 pm
8 Program Penghayatan Ramadhan 
  • Program Tadarus Al-Quran
  • Tazkirah Ramadhan
  • Majlis Khatam al-Quran
  • Nuzul al-Quran
  • Solat Sunat Tarawih
Sepanjang Bulan Ramadhan -
9 Program Qalbu 2 kali Sebulan
12.50 tengah hari
  Konvesyen Hospital Mesra Ibadah Tahunan 8.30 pagi - 5.00 petang
11 Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Maal Hijrah
  • Maulidur Rasul
  • Israk dan Mikraj
  • Nisfu Syaaban
  • Aidil Adha
12 Program Ziarah Ukhuwah ke Wad

Bil.

Urusan

Pegawai yang bertanggungjawab

No. Telefon untuk dihubungi / emel

1.

Ketua 

Bahagian Spiritualiti & Kaunseling

  1. Bimbingan agama secara individu
  2. Bimbingan agama secara kelompok
  3. Perancangan aktiviti kerohanian
  4. Kolaborasi program
  5. Program Hospital Mesra Ibadah
  6. Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah

Adam bin Zakaria

Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam)

03-3396 3352

adamz776@uitm.edu.my

2.

Ketua

Unit Kaunseling

  1. Kaunseling individu
  2. Kaunseling kelompok
  3. Kaunseling kerjaya
  4. Kaunseling perkahwinan/keluarga
  5. Sesi konsultasi
  6. Ujian psikologi
  7. Program motivasi & pembangunan diri

Nur Nadiah binti Mohd Rosdi

Pegawai Psikologi

03-3396 3365

nadiahrosdi@uitm.edu.my

3.

  1. Bimbingan agama secara individu
  2. Bimbingan agama secara kelompok
  3. Pengurusan surau hospital
  4. Imam Surau
  5. Program kerohanian dan Hospital Mesra Ibadah

Ahmad Hafizuddin bin Abdul Moes

Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Islam)

03-3396 3353

hafizmoes@uitm.edu.my

4.

  1. Urusan surat-menyurat & rekod unit
  2. Pengurusan surau/ruang solat umum 
  3. Muazzin surau
  4. Aduan kerosakan fasiliti surau/ruang solat umum

(Kosong)

Pembantu Tadbir

 

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih