JABATAN MAKLUMAT PESAKIT

Jabatan Maklumat Pesakit, sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Rekod Perubatan, adalah sebuah jabatan di bawah perkhidmatan sokongan klinikal yang ditubuhkan pada tahun 2012 di Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM) Sungai Buloh dan Selayang. Apabila Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (HASA) di Puncak Alam beroperasi pada tahun 2021, nama jabatan ini secara rasmi telah ditukar kepada Jabatan Maklumat Pesakit. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam menguruskan maklumat dan data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan tahap perubatan dan perkhidmatan hospital.

Jabatan ini bertanggungjawab dalam aktiviti pengurusan rekod perubatan pesakit secara fizikal dan elektronik, pengeluaran maklumat pesakit, pengurusan laporan perubatan, pengurusan statistik hospital, klasifikasi penyakit/prosedur klinikal berdasarkan piawaian ICD, dan semua aspek yang berkaitan dengan peranan Jabatan Maklumat Pesakit sebagai pengurus maklumat hospital.

 

Terdapat 4 unit dibawah Jabatan Maklumat Pesakit iaitu:

       I. Unit Pengurusan Fail Pesakit dan Rekod Perubatan Elektronik
      II. Unit Laporan Perubatan
     III. Unit Casemix dan Informatik Kesihatan
     IV.  Unit Pentadbiran Am

Bermula Januari 2022, Perkhidmatan Jabatan Maklumat Pesakit di PPUiTM Selayang telah ditutup sejajar dengan perpindahan perkhidmatan klinikal daripada PPUiTM Selayang ke PPUiTM Sungai Buloh.
Jabatan Maklumat Pesakit kini beroperasi di dua lokasi sahaja iaitu di HASA Puncak alam dan PPUiTM Sungai Buloh.

     1. Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM (HASA) Puncak Alam

         Jabatan Maklumat Pesakit
         Aras 5 Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM
         42300 Puncak Alam Selangor

     2. Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM) Sungai Buloh

         Jabatan Maklumat Pesakit
         Aras 4 Bangunan Akademik
         Pusat Pakar Perubatan UiTM
         Kampus Sungai Buloh
         Jalan Hospital
         47000 Sungai Buloh Selangor

PIAGAM PELANGGAN

         I. Setiap pelanggan / pesakit yang berurusan dengan Jabatan Maklumat Pesakit akan dilayan dengan mesra dan cekap.
        II. Semua permohonan laporan perubatan akan diproses dan disediakan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap.
       III. Setiap permohonan peminjaman fail rekod pesakit akan disediakan dalam tempoh sepuluh minit.
       IV. Pesakit diberi jaminan bahawa maklumat peribadi dan rawatan pesakit akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya didedahkan kepada
            pihak yang diberikan keizinan atau yang tertakluk kepada undang-undang selaras dengan akta perlindungan data peribadi (PDPA).

WAKTU OPERASI
 


 

VISI

Menjadi sebuah pusat penjagaan kesihatan akademik terkemuka dunia.

Misi

"Mempertingkatkan kemanusiaan melalui pembangunan profesional, penyelidikan berkesan dan penyampaian penjagaan kesihatan terkini."

Objektif

     I. Memastikan kelancaran setiap urusan maklumat klinikal di dalam hospital dan menjamin setiap rekod adalah sulit.
    II. Mewujudkan sistem yang lebih baik untuk penyimpanan rekod perubatan, laporan perubatan dan pengarkiban data
        bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan maklumat kesihatan.
   III. Menyelaras dan menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak pengurusan hospital dan kementerian.

Objektif Kualiti

    
I. Memastikan tidak kurang daripada 90% laporan perubatan disiapkan dalam tempoh 28 hari waktu bekerja.
    II. Memastikan tidak kurang daripada 95% rekod perubatan dihantar dari wad ke Jabatan Maklumat Pesakit dalam tempoh 72 jam selepas pesakit discaj.
   III. Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada diagnosis dikodkan sebelum tanggal 15hb bulan berikutnya.
   IV. Memastikan tidak kurang daripada 85% permohonan fail pesakit bagi temujanji disediakan dalam tempoh
        sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh temujanji.

 

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih