HASA CALENDAR

Events Calendar

HARI TERBUKA BERSEMPENA SAMBUTAN KE-20 TAHUN FAKULTI PERUBATAN
Wednesday 23 November 2022
Hits : 9
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sukacita dimaklumkan Fakulti Perubatan UiTM akan mengadakan Hari Terbuka bersempena sambutan ke-20 tahun Fakulti Perubatan seperti ketetapan berikut:

Tarikh         : 23 November 2022 (Rabu)

Masa           : 8:00 pagi – 2:30 petang

Tempat       : Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sg Buloh

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk Hari Terbuka ini, di antaranya: 

 --> Lawatan kampus untuk pelajar-pelajar jemputan (pelajar-pelajar sekolah menengah dan pra-universiti) 

 --> Karnival kerjaya – Setiap jabatan klinikal dan pra-klinikal akan mempamerkan bidang kepakaran dan laluan kerjaya bidang masing-masing 

 --> Saringan kesihatan percuma (berat, ketinggian, pengiraan indeks jisim tubuh/‘body mass index’, tekanan darah dan pemeriksaan ketajaman mata/‘visual acuity’)

 --> Bazaar / gerai makanan 

Sehubungan itu, kami ingin menjemput seluruh warga fakulti untuk turut sama hadir dan memeriahkan lagi program Hari Terbuka ini. 

Kehadiran para pelajar Fakulti Perubatan ke Karnival Kerjaya terutamanya adalah amat digalakkan untuk memahami bidang kepakaran yang ada di dalam bidang perubatan dan beramah mesra dengan pensyarah-pensyarah fakulti. 

--> Hadiah cabutan bertuah menanti para pelajar yang menghadiri Karnival Kerjaya. 

 

 

 

 

 

Contact Us

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor+

Operation Hour

Monday - Friday : 8.00 am - 5.00 pm

DIGITAL MOBILE APPS