JABATAN ORTOPEDIK

Jabatan Pembedahan Ortopedik dan Traumatologi di UiTM dahulunya dikenali sebagai Disiplin Pembedahan Ortopedik di bawah kluster Sains Pembedahan.Bagaimanapun,pada tahun 2018 unit ini telah diberi status jabatan dan telah dilantik Ketua Jabatan oleh Naib Canselor.

Unit in bermula dengan empat pakar bedah Ortopedik dengan Hospital Sungai Buloh sebagai tempat latihan awal yang kemudiannya dilanjutkan servis ke Hospital Selayang.Kini,jabatan ini telah berkembang dengan mempunyai dua belas pakar bedah Ortopedik dalam subkepakaran yang berbeza dan diketuai oleh Ketua Jabatan,Prof Madya Mohd Fairudz Mohd Miswan.
Image
Jabatan Pembedahan Ortopedik menyediakan perkhidmatan klinikal berikut:
  • Perundingan dan rawatan Ortopedik 24 jam di Jabatan Trauma dan Kecemasan.
  • Perkhidmatan Pesakit Luar, Pesakit Dalam, Penjagaan harian

1.Perkhidmatan Pesakit Luar

Perkhidmatan klinik disediakan dari hari Selasa hingga Jumaat.

Klinik Pembedahan Ortopedik dibuka untuk pendaftaran kepada pesakit dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

2.Perkhidmatan Pesakit Dalam
Jabatan Pembedahan Ortopedik mempunyai Perkhidmatan Pesakit Dalam yang berikut, termasuk subkepakaran:

  • Trauma & Trauma Muskuloskeletal Lanjutan
  • Pembedahan Tulang Belakang
  • Pembedahan Tangan dan Mikro
  • Artroplasti
  • Onkologi Ortopedik
  • Ortopedik Pediatrik
  • Kecederaan Sukan

3. Pembedahan Penjagaan Harian

Menyediakan kemudahan jagaan harian untuk melaksanakan prosedur kecil.

Isnin - Jumaat

8.00 am – 5.00 pm

kecual (hal-hal klinikal / waktu Pejabat)

Sabtu dan Ahad

24 jam

termasuk panggilan kecemasan "On-call"

Klinik Pakar Bedah Ortopedik : Tingkat 2,Blok Klinik Pakar,Hospital UiTM
Telefon nombor : 03-33963206/3213

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih