Dasar Privasi
Pautan kepada dasar privasi yang berikut mesti dimasukkan ke dalam semua laman web UiTM:
Dasar privasi ini menetapkan cara Universiti Teknologi MARA (UiTM) menggunakan dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada UiTM apabila anda menggunakan laman web ini. UiTM komited untuk memastikan privasi anda dilindungi. Jika pihak UiTM meminta anda menyediakan maklumat tertentu untuk membolehkan anda dikenal pasti semasa penggunaan laman web ini, maklumat anda terjamin selaras dengan kenyataan privasi ini. UiTM boleh mengubah dasar ini dari semasa ke semasa dengan mengemas kini laman web ini. Anda perlu menyemak laman web ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda berpuas hati dengan sebarang perubahan. Dasar ini berkuat kuasa mulai 1 JULAI 2016.
Maklumat yang Dikumpul
Pihak UiTM mungkin mengumpul maklumat berikut:
- nama dan jawatan
- maklumat untuk dihubungi termasuk alamat e-mel
- maklumat demografik seperti poskod, keutamaan dan kesukaan
- maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan kaji selidik pelanggan
Apa yang Dilakukan dengan Maklumat yang Terkumpul
Pihak UiTM memerlukan maklumat ini untuk memahami keperluan anda, seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda, dan terutamanya atas alasan-alasan berikut:
- penyimpanan rekod dalaman
- penambahbaikan perkhidmatan
Keselamatan
UiTM komited untuk memastikan maklumat anda selamat. Bagi mengelakkan capaian tanpa kebenaran atau pendedahan maklumat, pihak universiti telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan untuk melindungi maklumat yang dikumpulkan dalam talian.
Pautan ke Laman Web Lain
Laman web universiti mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang mempunyai kepentingan. Walau bagaimanapun, apabila anda telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman web universiti, anda perlu ambil perhatian bahawa pihak universiti tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web tersebut. Oleh itu, pihak universiti tidak bertanggungjawab melindungi dan memberi privasi terhadap sebarang maklumat yang telah anda berikan ketika melawat laman web tersebut dan laman tersebut tidak terikat dengan pernyataan privasi ini. Anda harus berhati-hati dan melihat kenyataan privasi yang diguna pakai untuk laman web yang berkenaan.
Mengawal Maklumat Peribadi
Pihak universiti tidak akan menjual, mengedar atau menyewa maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan setelah mendapat kebenaran atau dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.
Penyimpanan Data
UiTM menyimpan data peribadi hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan, termasuk bagi penyediaan perkhidmatan, pematuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa, keperluan kawal selia serta dasar-dasar UiTM.
Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau dasar institusi, rekod tertentu boleh disimpan bagi tempoh yang lebih lama. Apabila data peribadi tidak lagi diperlukan, data tersebut akan dipadamkan, dinyahpengenalan (anonymised) atau dilupuskan secara selamat mengikut amalan pengurusan rekod dan keselamatan maklumat UiTM.
Pemadaman Data
Individu boleh memohon akses kepada, pembetulan atau pemadaman data peribadi mereka dengan menghubungi jabatan UiTM yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan atau aplikasi berkaitan melalui saluran komunikasi rasmi yang disediakan bagi perkhidmatan atau aplikasi tersebut.
Semua permohonan akan disemak dan diproses selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa, keperluan kawal selia serta dasar-dasar UiTM. Walau bagaimanapun, rekod tertentu mungkin perlu disimpan sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, keperluan kawal selia atau bagi memenuhi tujuan institusi yang sah.
Bagi sebarang pertanyaan berkaitan data peribadi atau untuk mengemukakan permohonan pemadaman data, sila hubungi jabatan UiTM yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan atau aplikasi berkaitan melalui saluran komunikasi rasmi yang disediakan bagi perkhidmatan atau aplikasi tersebut.



