Unit Endokrin

Unit Endokrin dan Diabetes merupakan salah satu cabang perkhidmatan perubatan dalaman Hospital UiTM. Jabatan ini dikendalikan oleh Pakar Perubatan dan Endokrin yang terlatih dan professional dan turut disertai oleh jururawat khas pengurusan diabetes.

Pakar Endokrin kami terdiri dari pasukan yang berpengalaman dan terlatih di dalam pelbagai cabang Endokrin termasuk Diabetes Mellitus, Metabolik Sindrom, Tiroid, Obesiti, Adrenal, masalah hormon Testosterone, PCOS, Osteoporosis, Pituitari dan juga kombinasi klinik Antenatal dan Endokrin (Combined Obs-Endocrine).

Unit Endokrin bersedia memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan, penyelidikan dan latihan yang berkualiti dan terbaik dalam bidang perubatan, Endokrin dan Diabetes.
VISI & MISI

Memberi perkhidmatan rawatan masalah perubatan, Endokrin dan Diabetes dengan efisien dan rawatan terkini di samping mempromosikan gaya hidup sihat.

Memperkasakan kesihatan dalam pencegahan penyakit kronik.

Menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan bermanfaat.

Mendidik generasi pelapis dengan ilmu dan latihan yang berkualiti, cemerlang dan relevan.

Memupuk semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma.

OBJEKTIF

Membantu memperkasakan dan mengekalkan taraf kesihatan yang tinggi melalui perkhidmatan klinikal dan program kesihatan dalam merawat dan mencegah penyakit Diabetes, Endokrin dan penyakit kronik berkaitan. Menyumbang kepada perkembangan ilmu perubatan melalui program penyelidikan dan latihan disamping memupuk semangat kerja profesional.


PERKHIDMATAN KAMI :

Klinik Pakar Perubatan, Hospita UiTM Puncak Alam

  1. Klinik Endokrin: Tiroid, Pituitari, Adrenal, Osteoporosis, Hypertension, Paratiroid, PCOS
  2. Klinik Diabetes
  3. Klinik Obesiti dan Karbohidrat Rendah (Low Carb Clinic)
  4. Klinik Kombinasi Antenatal Endokrin (Combined Obs-Endocrine)
  5. Klinik Diabetes Educator (Jururawat Khas Pengurusan Diabetes)

 Klinik Pakar 1, Hospital UiTM Sg. Buloh

  1. Klinik Endokrin: Tiroid, Pituitari, Adrenal, Hypertension, Paratiroid, PCOS
  2. Klinik Diabetes
  3. Klinik Diabetes Educator (Jururawat Khas Pengurusan Diabetes)

Ujian khas Endokrin 

Rawatan pesakit dalam (Wad Perubatan) untuk sebarang penyakit Endokrin dan Diabetes: Konsultasi rutin 8am - 5pm, konsultasi kes kecemasan 24 jam.

WAKTU OPERASI :
  • Klinik Endokrin
    • Selasa 9 pagi- 12 tengah hari
    • Khamis 9 pagi- 12 tengah hari (Hospital UiTM Sg Buloh)
  • Klinik Diabetes
    • Rabu 9 pagi- 12 tengah hari
    • Khamis 9 pagi- 12 tengah hari (Hospital UiTM Sg Buloh)
  • Klinik Antenatal dan Endokrin
    • Isnin minggu kedua dan keempat 9 pagi -12 tengah hari
  • Klinik Obesiti
    • Selasa minggu kedua 8  pagi – 5 petang
  • Klinik Karbohidrat Rendah (Low Carbohydrate)
    • Selasa minggu pertama dan ketiga 2 petang - 5 petang
  • Klinik Diabetes Educator (Jururawat Khas Pengurusan Diabetes)
    • Isnin- Jumaat: 8 pagi- 5 petang

Konsultasi Pesakit Dalam (Wad Perubatan)
Isnin- Jumaat: rutin 8 pagi- 5 petang

Konsultasi Kes Kecemasan - 24 jam
HOSPITAL UiTM PUNCAK ALAM
  • KLINIK PAKAR PERUBATAN, ARAS 2
    • 03-33963200 / 03-33963207
HOSPITAL UiTM SUNGAI BULOH
  • KLINIK PAKAR 1
    • 03-61265133 / 03-61265392

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih