JABATAN KEWANGAN

Jabatan Kewangan HASA UiTM mula beroperasi di PPUiTM Selayang pada tahun 2010, PPUiTM Sg Buloh pada tahun 2011 dan di HASA UiTM Puncak Alam pada bulan Mac 2021. Jabatan Kewangan HASA UiTM bertindak sebagai nadi kepada HASA UiTM dari segi merancang, melaksana dan memantau pengurusan kewangan Hospital. Fungsi Jabatan Kewangan adalah seperti berikut:

  • Bahagian Pengurusan Belanjawan dan Kewangan Korporat
  • Bahagian Pengurusan Perolehan
  • Bahagian Pengurusan Bayaran
  • Bahagian Pengurusan Aset
  • Bahagian Pengurusan Akaun
  • Bahagian Pengurusan Hasil
  • Bahagian Pengurusan Pendaftaran Pesakit

Pejabat Jabatan Kewangan berada di tiga lokasi seperti berikut: 

  • Aras 1, HASA UiTM Puncak Alam (Bahagian Pengurusan Perolehan, Bahagian Pengurusan Bayaran dan Bahagian Pengurusan Harta Benda).
  • Aras 2, HASA UiTM Puncak Alam (Bahagian Pengurusan Hasil (Klinikal) dan Bahagian Pengurusan Pendaftaran Pesakit, Bahagian Pengurusan Belanjawan dan Kewangan Korporat dan Bahagian Pengurusan Akaun).
  • Aras Bawah, PPUiTM Sungai Buloh (Bahagian Pengurusan Hasil (Klinikal) dan Bahagian Pengurusan Pendaftaran Pesakit).
Image
Image
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif
  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
  • Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.
Image
: PUAN NOOR ALZURA ALANG IDRIS (W54)
: KETUA TIMBALAN BENDAHARI
: noral270@uitm.edu.my
: 03-3396 3333 
  : PUAN MAZUINA SAMSURI (W48)
: TIMBALAN BENDAHARI
: mazuina@uitm.edu.my
: 03-3396 3208
  : PUAN NUR NABILAH MD ZEN (N22)
: KERANI KANAN
: nur_nabilah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10911


BAHAGIAN PENGURUSAN HASIL KLINIKAL DAN PENDAFTARAN PESAKIT

CAWANGAN PUNCAK ALAM

  : CIK SITI HADIJAH ALUS (W44)
: PENOLONG BENDAHARI KANAN
: siti_hadijah@uitm.edu.my
: 03-3396 3209
  : PUAN NUR HAZIRAH MOHD DIAH (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: hazirahdiah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11207
  : CIK HAMIZAH JAMALUDDIN (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: hamizahj@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11205
  : ENCIK FAIRUZ A. RAHMAN (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: fairuzrahman@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11208
  : CIK NOOR SYAZAITUL SYEMA ROSLAN (N19)
: KERANI
: syazaitul@uitm.edu.my
: 03-3396 3217
  : CIK NUR ABIDAH MD HASHIM (N19)
: KERANI
: nurabidah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 12915
  : PUAN AISAH ISHAK (N19)
: KERANI
: aisah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11722
  : PUAN NUR AQIDAH ARIFFIN (N19)
: KERANI
: aqidahariffin@uitm.edu.my
: 03-3396 3392
  : ENCIK MOHD KHAIROL KHALID (N19)
: KERANI
: khairolkhalid@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 3212
  : PUAN MARYAM MOHAMAD ZUDIN (N19)
: KERANI
: maryamzudin@uitm.edu.my
: 03-3396 3312
  : PUAN SURAYAH HAIRRUDDIN (N19)
: KERANI
: surayah@uitm.edu.my
: 03-3396 3303
  : CIK NUR NADHIRAH JUMALI (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: nadhirahjumali@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 12915
  : ENCIK ASRI SABRI (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: asrisabri@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11722
  : CIK NURUL AISYAH MOHAMED TAMIZI (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: aisyahtamizi@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 12915
  : ENCIK MUHAMMAD FAKHRIS SHAH BIN ABU SHAH (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: fakhrisshah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11632
  : CIK NURFAZLYANA  MUKAHALAN (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: nurfazlyana@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11213
  : ENCIK MUHAMMAD SYAWAL RIZAL ARBAIN (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: syawalrizal@uitm.edu.my
: 03-3396 3210
  : ENCIK MUHAMMAD AMIRUDDIN MOHD ZAKARIA (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: amiruddinmz@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11612
  : CIK NASSYUHADA MUNASIR (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: nassyuhada@uitm.edu.my
: 03-3396 3210
  : PUAN FATIN NURJANANI MOHAMAD FAUZI (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: fatinjanani@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11213
  : CIK WAN NUR NABILA WAN AHMAD KAMAR (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: wannurnabila@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 11722


CAWANGAN SG. BULOH

  : ENCIK MUHAMAD AZAMUDDIN MUHAMAD FARID (W41)
: PENOLONG BENDAHARI
: azamuddin@uitm.edu.my
: 03-6126 5205
: CIK NUR HAZIQAH RUSMI (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: haziqahrusmi@uitm.edu.my
: 03-6126 5401
  : PUAN NURAINI ISMAIL (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: nurainiismail@uitm.edu.my
: 03-6126 5403 / 5196
  : PUAN NORAILA ABDUL RAHMAN (N19)
: KERANI (KEWANGAN)
: norailaar@uitm.edu.my
: 03-6126 5403 / 5196
  : ENCIK MASRIE FARHAN MOHD OTHMAN (N19)
: KERANI
: masrie@uitm.edu.my
: 03-6126 5153
  : PUAN SITI NURUL SYAFIQAH MOHD LILANSAH (N19)
: KERANI
: sitinurulsyafiqah@uitm.edu.my
: 03-6126 5153
  : PUAN FADZLEEN AMIRA MOHD RODZI (N19)
: KERANI
: fadzleen@uitm.edu.my
: 03-6126 7593
  : PUAN SITI AINUN JUSOH (N19)
: KERANI
: sitiainun@uitm.edu.my
: 03-6126 5153
  : PUAN SITI NUR HAYATI MAHAT (N19)
: KERANI
: snhayati@uitm.edu.my
: 03-6126 5425 / 5157
  : CIK NURANIS FARAHIN SHEIK DAUD (N19)
: KERANI
: nuranis@uitm.edu.my
: 03-6126 5425 / 5157
  : ENCIK MUHAMMAD IQBAL MOHAMAD JUMAILI (N19)
: KERANI
: mdiqbal@uitm.edu.my
: 03-6126 5425 / 5157
  : CIK NUR SHAFINAZ JASMAN (N19)
: KERANI
: shafinazjasman@uitm.edu.my
: 03-6126 5425 / 5157
  : PUAN SYARAH LISSYA EDRIENA SYAHRUL NIZAM (N19)
: KERANI
: lissya@uitm.edu.my
: 03-6126 5425 / 5157
  : PUAN SITI NURHUDA MOHD SAIDIN (N19)
: KERANI
: sitinurhuda@uitm.edu.my
: 03-6126 5401


BAHAGIAN PEROLEHAN & PENGURUSAN (CAWANGAN PUNCAK ALAM)

UNIT PEROLEHAN

  : ENCIK KHAIRI HAZIQ ABDUL RAHIM (W41)
: PENOLONG BENDAHARI
: khairihaziq@uitm.edu.my
: 03-3396 3113
  : CIK NOR PAZNI ABU BAKAR (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: pazni@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10907
  : PUAN NURULLIZZAH ISMAIL (W22)
: PEMBANTU TADBIR KEWANGAN KANAN
: nurullizzah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10906
  : PUAN NORFAHANA MOHD@MAT GHANI (N19)
: KERANI
: norfahana@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10921
  : CIK NUR HIDAYAH JUSNI (N19)
: KERANI
: nurhidayahjusni@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10905

UNIT BAYARAN

  : CIK NUR NATASHA ALIEA ROSLI (W41)
: PENOLONG BENDAHARI
: natashaaliea@uitm.edu.my
: 03-3396 3112
  : CIK ROHAYU ITHNIN (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: ayuithnin@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10908
  : PUAN FATIN NABILA BINTI SUYED (W19)
: PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
: fatinnabila@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10914
  : PUAN MUSLINA MISKON (W19)
: PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
: muslina@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10912
  : CIK NURUL AFIFAH AQILAH MOHAMAD NAZRI (N19)
: KERANI
: afifahaqilah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10913

UNIT HARTA

  : ENCIK KHAIRI HAZIQ ABDUL RAHIM (W41)
: PENOLONG BENDAHARI
: khairihaziq@uitm.edu.my
: 03-3396 3113
  : ENCIK MOHD NOR SHAHLAN BIN SUHADI (W29)
: PENOLONG AKAUNTAN
: norshahlan@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10915
  : CIK NURHANIS RAZALI (N19)
: KERANI
: nurhanisrazali@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10909
  : PUAN MAS REENATUL SAADAH MOHD SALEH (N19)
: KERANI
: reenatul@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 | ext : 10920
Bahagian Perolehan & Pengurusan, Aras 1, Puncak Alam

Kaunter Pengurusan Hasil Bukan Klinikal

Isnin - Khamis
8:30 am - 1:00 pm
2:00 pm - 4:30 pm

Jumaat
8:30 am - 12:15 pm
2:45 pm - 4:30 pm


Bahagian Pengurusan Hasil Klinikal, Aras 2, Puncak Alam

Pendaftaran

Isnin - Jumaat
8:00 am - 5:00 pm

Pembayaran

Isnin - Jumaat
8:00 am - 5:00 pm

Kecemasan

24 jam


Bahagian Pengurusan Hasil Klinikal Sg. Buloh

Pendaftaran

Isnin - Khamis
8:00 am - 5:00 pm

Jumaat
8:00 am - 12:15 pm
2:45 pm - 5:00 pm

Pembayaran

Isnin - Khamis
8:00 am - 5:00 pm

Jumaat
8:00 am - 12:15 pm
2:45 pm - 5:00 pm

Kecemasan

24 jam

 

Buka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.

Pegawai untuk dihubungi

Puan Nur Nabilah Md Zen

Tel: 03-3396 3000 | ext : 10911

Email: nur_nabilah@uitm.edu.my

1) PENDAFTARAN PESAKIT DAN HASIL KLINIKAL

A) PENDAFTARAN

SOALAN :
 Hospital HASA dan PPUiTM Sungai Buloh adalah Hospital Kerajaan atau Swasta?
JAWAPAN : HASA merupakan Hospital separuh kerajaan (Semi- Government) iaitu salah sebuah Hospital Pengajar Universiti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. HASA adalah berbeza daripada Hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

SOALAN : Pesakit sudah terlepas tarikh janji temu. Apa yang perlu dilakukan?
JAWAPAN : Pesakit boleh menelefon semula klinik yang terlibat untuk membuat janji temu yang baru.

SOALAN : Jika pesakit ke HASA atau PPUiTM Sungai Buloh, adakah pesakit perlu membuat kad janji temu yang baru?
JAWAPAN : Tidak perlu. Pesakit boleh mengunakan kad janji temu yang sama.

SOALAN : Adakah pesakit perlu membuat bayaran dahulu sebelum berjumpa doktor?
JAWAPAN : Ya, pesakit perlu membayar kos pendaftaran setiap kali mempunyai janji temu bersama doktor.

SOALAN : Berapakah kos pendaftaran untuk pesakit luar?
JAWAPAN : 
  WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA
Kali Pertama RM30 RM60
Ulangan RM15 RM30


SOALAN : Bolehkah saya berjumpa doktor pakar tanpa membuat janji temu?
JAWAPAN : Tidak boleh, pesakit yang ingin berjumpa doktor pakar harus mempunyai surat rujukan dari mana-mana Klinik atau Hospital.

SOALAN : Saya sudah mempunyai surat rujukan untuk berjumpa doktor pakar, jadi apakah langkah seterusnya?
JAWAPAN : Pesakit atau waris perlu menghantar surat rujukan tersebut kepada staf jururawat di Klinik atau memuat naik surat rujukan melalui sistem E-Referral di Laman Web HASA. Staf Jururawat akan menghubungi anda semula untuk memberikan tarikh janji temu.

SOALAN : Ini adalah kali pertama saya datang untuk mendapatkan rawatan, apakah yang saya perlu lakukan?
JAWAPAN : Pesakit atau waris perlu ke kaunter pendaftaran terlebih dahulu untuk mengisi borang pesakit baru dan mendapatkan kad janji temu.

SOALAN : Apakah GL yang diterima di HASA?
JAWAPAN : Senarai GL yang diterima bagi pegawai yang sedang berkhidmat adalah seperti berikut:
1. Kerajaan Persekutuan
2. Badan Berkanun Persekutuan
3. Kerajaan Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun Negeri
4. Lembaga Hasil Dalam Negeri
5. Daikin (M) Sdn Bhd
6. Daikin R & D Sdn Bhd
7. TNB
8. Institut Sukan Negara
9. Perodua Sales Sdn Bhd
10. Perodua Manufacturing Sdn Bhd
11. PM Care Sdn Bhd

SOALAN : Adakah pesakit yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema dibenarkan untuk ke Klinik-Walk-In di PPUiTM Sungai Buloh?
JAWAPAN : Tidak. Pesakit yang mempunyai simptom seperti di atas perlu ke Klinik 3 untuk disaring terlebih dahulu.

SOALAN : Bagi Kakitangan Kerajaan / Badan Berkanun, adakah pesakit perlu membawa surat jaminan setiap kali mendapatkan rawatan?
JAWAPAN : Pesakit Luar - Tidak perlu sekiranya nama pesakit dan tanggungan berada di dalam sistem HRMIS. Namun, perlu membawa hardcopy GL bagi setiap 3 bulan untuk dikemaskini dalam Sistem Hospital.
Pesakit Dalam - Perlu bawa setiap kali untuk kemasukan Wad.
Bagi Anggota Tentera / Polis adalah dinasihatkan supaya membawa surat jaminan kerana kadangkala terdapat sedikit masalah dalam pencarian di dalam HRMIS.

SOALAN : Saya merupakan seorang Pesara Kerajaan. Adakah saya perlu membayar kos pendaftaran?
JAWAPAN : Tidak perlu. Hanya perlu membawa Kad Pesara atau Surat Pengesahan daripada KWAP.

SOALAN : Adakah saya perlu mendaftar dahulu sebelum mengambil darah?
JAWAPAN : Ya, semua pesakit dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di kaunter pendaftaran dan membuat bayaran sebelum meneruskan sebarang jenis prosedur.

SOALAN : Saya mempunyai janji temu untuk mengambil darah tetapi tidak berpuasa, boleh ke saya teruskan rawatan?
JAWAPAN : Bergantung kepada ujian dan jenis darah yang ingin dilakukan, sila rujuk dahulu dengan staf jururawat di bahagian pengambilan darah.

SOALAN : Adakah HASA menawarkan pesakit yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan di HASA?
JAWAPAN : Tidak. Kecuali bagi staf UiTM dan pesakit yang mendapat arahan daripada doktor HASA.

SOALAN : Adakah terdapat pemeriksaan kesihatan bagi pegawai perkhidmatan awam?
JAWAPAN : Ya, kemudahan ini diberikan kepada pegawai yang masih berkhidmat dan berumur 40 tahun dan ke atas sahaja.

SOALAN : Saya telah kehilangan kad janji temu. Apa yang perlu dilakukan?
JAWAPAN : Pesakit perlu memaklumkan kepada staf pendaftaran dan dikehendaki membayar RM2 untuk kos penggantian kad yang baru.


B) PENDAFTARAN KECEMASAN/KEMASUKAN WAD

SOALAN : Berapakah kos pendaftaran untuk kecemasan?
JAWAPAN : 
  WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA
Pendaftaran Kecemasan RM60 RM120

SOALAN : Adakah bilik diberikan mengikut kelas yang tertera pada surat jaminan?
JAWAPAN : Bilik diberikan oleh pihak wad mengikut kekosongan katil yang ada serta keadaan pesakit.

SOALAN : Bolehkah pesakit meminta jenis bilik yang diingini?
JAWAPAN : Bergantung kepada kekosongan semasa

SOALAN : Bolehkah waris datang untuk melawat pesakit di wad?
JAWAPAN : Boleh, dengan syarat mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak Hospital. Rujuk panduan waktu melawat di dalam laman web HASA.

SOALAN : Bolehkah peneman menemani pesakit di wad?
JAWAPAN : Boleh, dengan kriteria-kriteria tertentu mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak Hospital.

SOALAN : Berapakah deposit kemasukan wad yang perlu dibayar?
JAWAPAN : 
 
WARGANEGARA
BUKAN WARGANEGARA
Dewasa
RM500
RM1000
Kanak-Kanak
(12 Tahun Ke Bawah)
RM200
RM400

SOALAN : Berapakah deposit bagi prosedur rawatan dan alatan khas?
JAWAPAN : 
  WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA
Daycare RM200 RM400
Angiogram RM2000 RM4000
Sleep Study RM200 RM400
Bersalin Normal RM2000 RM4000
Bersalin – Pembedahan RM3500 RM7000
Cabg (Bypass) RM10,000 RM20,000
Ppm – Single Chamber RM10,000 RM10,000
Ppm – Dual Chamber RM15,000 RM15,000
Angioplasty / Pci / Stent RM10,000 RM10,000


C) BAYARAN

SOALAN : Adakah GL boleh digunakan bagi menanggung sepenuhnya kos rawatan?
JAWAPAN : Tidak. Pengecualian bayaran untuk prosedur biasa dan Ubatan Am sahaja. Untuk kos Ubatan Khas, Prosedur Khas dan Alatan Khas serta darah yang perlu dihantar ke makmal luar, pesakit masih perlu membayar seperti biasa tanpa diskaun atau apa-apa pengecualian.

SOALAN : Apakah kaedah pembayaran yang diterima oleh HASA?
JAWAPAN : Kami menerima bayaran secara Tunai, Kad Kredit/Debit dan juga pembayaran melalui FinePay (Menggunakan HUiTM Mobile Apps).

SOALAN : Bolehkah saya membuat pembayaran menggunakan QR Pay/E Wallet?
JAWAPAN : Tidak boleh.

SOALAN : Saya merupakan penjawat awam/pesara kerajaan. Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran?
JAWAPAN : Ya. Penjawat awam hanya perlu membawa surat jaminan Kerajaan (GL) sahaja manakala pesara kerajaan perlu mengemukakan Kad Pesara mereka untuk mendapatkan pengecualian bayaran. Walaubagaimanapun, pengecualian tidak termasuk Ubat Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Outsource.

SOALAN : Adakah pesakit Warga Emas layak mendapat diskaun?
JAWAPAN : Ya. Warga Emas (bagi Warganegara) layak untuk mendapat diskaun separuh harga (50%) bagi Prosedur Biasa dan Ubatan Am. Kos Pendaftaran, Ubatan Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Darah yang dihantar ke makmal luar (Outsource) tidak layak mendapat diskaun.

SOALAN : Saya merupakan seorang Asnaf Fakir/Miskin dan penerima bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM). Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran?
JAWAPAN : Ya. Penerima bantuan seperti ZAKAT/MAIWP di bawah kategori Asnaf Fakir/Miskin dan penerima bantuan JKM layak mendapat pengecualian bayaran dengan syarat perlu mengemukakan surat penerimaan bantuan ZAKAT/MAIWP/JKM. Walaubagaimanapun pengecualian tidak termasuk Ubat Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Outsource.

SOALAN : Saya merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU). Adakah saya layak mendapat pengecualian bayaran?
JAWAPAN : Ya. Pemegang kad OKU juga layak mendapat pengecualian bayaran dengan syarat perlu mengemukakan Kad OKU. Walaubagaimanapun pengecualian tidak termasuk Ubat Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Outsource.

SOALAN : Adakah pelajar IPTA layak mendapat pengecualian bayaran?
JAWAPAN : Hanya pelajar UiTM Sepenuh Masa sahaja yang layak mendapat pengecualian bayaran. Pelajar lain perlu membayar seperti biasa. Walaubagaimanapun pengecualian tidak termasuk Ubat Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Outsource.

SOALAN : Bagaimana pula dengan pelajar sekolah dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Adakah mereka juga layak mendapat pengecualian bayaran?
JAWAPAN : Hanya pelajar bersekolah kerajaan sahaja yang layak mendapat pengecualian bayaran dengan syarat perlu membawa surat jaminan dari sekolah. Manakala untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu mengemukakan MyKid untuk mendapatkan pengecualian bayaran. Tetapi pengecualian bayaran hanya terhad kepada rawatan pesakit luar sahaja. pengecualian juga tidak termasuk Ubat Khas, Prosedur Khas, Alatan Khas dan Outsource.

SOALAN : Adakah terdapat pengecualian bagi kos rawatan pesakit dalam (Inpatient) untuk Pelajar Sekolah dan Kanak-Kanak di bawah umur 12 tahun?
JAWAPAN : Tidak. Bagi kos rawatan pesakit dalam (Inpatient), pesakit perlu membayar seperti biasa tanpa apa-apa diskaun atau pengecualian bayaran.

SOALAN : Saya seorang penjawat awam, bolehkah saya membuat tuntutan balik bayaran untuk Ubatan Khas dan Alatan Khas yang telah dibayar?
JAWAPAN : Boleh. Anda dikehendaki melengkapkan borang Tuntutan Perubatan (Borang JPA 1/09) dan hantar ke Jabatan yang anda sedang berkhidmat sekarang.

SOALAN : Saya merupakan seorang pesara kerajaan, bolehkah saya membuat tuntutan balik bayaran untuk Ubatan Khas dan Alatan Khas yang telah dibayar?
JAWAPAN : Boleh. Anda juga dikehendaki melengkapkan borang Tuntutan Perubatan (Borang JPA 1/09) dan hantar ke Jabatan Kewangan Hospital UiTM. Bagi Pesara Badan Berkanun anda dikehendaki melengkapkan borang yang sama dan hantar ke Jabatan yang anda pernah berkhidmat dahulu.

SOALAN : Bolehkah saya menghantar borang tuntutan perubatan 1/09 di PPUiTM Sungai Buloh juga?
JAWAPAN : Boleh. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Jabatan Kewangan Hospital UiTM Puncak Alam atau Sungai Buloh.

SOALAN : Bagaimanakah cara untuk Pesara Kerajaan menyemak semula bayaran tuntutan perubatan?
JAWAPAN : Mereka boleh menyemak dahulu baki di dalam akaun bank. Sekiranya masih tiada barulah berhubung terus dengan Staf di Bahagian Pengurusan Bayaran, Jabatan Kewangan, HASA.

SOALAN : Apakah prosedur untuk pesakit mengambil ubat ulangan?
JAWAPAN : Pesakit dikehendaki terus pergi ke kaunter Farmasi bagi proses verifikasi ubat. Pesakit boleh memberitahu staf Farmasi jenis ubat yang mereka mahu dan tidak mahu ambil. Sekiranya ada bayaran, pesakit dikehendaki pergi ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran dan kemudian barulah pergi ke Kaunter Farmasi semula untuk mengambil ubat.

SOALAN : Adakah deposit merupakan jumlah keseluruhan bil rawatan pesakit dalam (Inpatient)?
JAWAPAN : Tidak. Deposit merupakan amaun pendahuluan untuk sesuatu prosedur sahaja. Pesakit perlu membayar deposit yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital sebelum sesuatu prosedur rawatan dijalankan.

SOALAN : Bolehkah saya tahu jumlah keseluruhan bil rawatan pesakit dalam (Inpatient)?
JAWAPAN : Tidak. Jumlah keseluruhan bil rawatan hanya boleh diketahui selepas discaj daripada wad kerana setiap pesakit menerima rawatan yang berbeza. Justeru itu, harga pun berbeza. Pesakit hanya perlu membayar baki bil rawatan sekiranya terdapat penambahan bil melebihi jumlah deposit. Tetapi sekiranya bil rawatan sebenar adalah kurang daripada jumlah deposit yang dibayar, baki akan dipulangkan semula kepada pesakit ataupun waris.

SOALAN : Bolehkah saya mendapatkan semula baki bayaran pemulangan wang deposit secara tunai?
JAWAPAN : Tidak boleh. Semua bayaran pemulangan wang deposit akan dilakukan melalui kaedah pemindahan wang melalui bank.

SOALAN : Berapa lama tempoh masa untuk mendapatkan balik bayaran pemulangan wang deposit?
JAWAPAN : Polisi HASA menetapkan semua bayaran pemulangan wang deposit hendaklah dibuat dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh pesakit keluar daripada wad.

SOALAN : Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan semula wang deposit?
JAWAPAN : Kami memerlukan pesakit atau waris untuk mengisi borang pemulangan wang deposit secara lengkap, salinan kad pengenalan penerima wang dan juga resit bayaran deposit.



2) PEROLEHAN

SOALAN : Tiada rekod GRN untuk diluluskan oleh Ketua PTJ pada menu GRN bekalan/perkhidmatan am?
JAWAPAN : Maklumat GRN untuk diluluskan tidak akan dipaparkan pada menu kelulusan Ketua PTJ kerana pengguna tidak memasukkan kuantiti item diterima atau tindakan ujilari, latihan dan pentauliahan masih belum dibuat.

SOALAN : Jika saya ingin membuat pembelian, sistem apa yang perlu saya guna?
JAWAPAN : Sistem FineProcurementPLUS UITM ialah satu Sistem Pengurusan Perolehan yang digunakan oleh Universiti Teknologi MARA.

SOALAN : Pertanyaan berhubung spesifikasi item bekalan dan perkhidmatan.
JAWAPAN : Maklumat Pegawai boleh didapati di dalam Dokumen Contoh / di Iklan Tawaran.

SOALAN : Apakah syarat kelayakan pegawai menguruskan sesuatu proses perolehan?
JAWAPAN : Staf UiTM bertaraf tetap dan kontrak dan telah menandatangani Integrity Pact “Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Urusan Perolehan Universiti Teknologi MARA”.

SOALAN : Adakah boleh mempelawa mana-mana syarikat bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan di UiTM?
JAWAPAN : Hanya syarikat yang telah berdaftar sebagai vendor UiTM sahaja yang boleh dibuat pelawaan. Bagi vendor yang belum berdaftar, hendaklah berdaftar sebagai vendor UiTM terlebih dahulu. Lihat Panduan Pendaftaran Vendor di FAQ vendor/syarikat/pembekal.

SOALAN : Bagaimana untuk menyemak status vendor sama ada telah berdaftar dan aktif dengan UiTM?
JAWAPAN : Layari sistem Fineprocurement Plus UiTM -- Menu Pengurusan Vendor -- Pertanyaan -- Pertanyaan Vendor -- masukkan nama vendor dan klik "cari". Sekiranya status tidak aktif mohon untuk memberi panduan pendaftaran vendor kepada syarikat yang masih berstatus tidak aktif.

SOALAN : Bagaimana untuk menyemak status vendor sama ada telah berdaftar dan aktif dengan UiTM?
JAWAPAN : Perolehan bekalan (RM 1,000.00) ke atas dan Perkhidmatan (RM 5,000.00) ke atas.

SOALAN : Apakah pengecualian perolehan tanpa Pesanan Jabatan?
JAWAPAN : Pengecualian bagi perolehan tanpa pesanan jabatan boleh dirujuk di perkara 11.0, Pekeliling Bendahari Bil. 4/2012.

SOALAN : Saya pengguna baharu. Bagaimanakah untuk memulakan perolehan di sistem Fineprocurement Plus?
JAWAPAN : Pastikan tuan/puan mempunyai akses dengan melayari https://myepplus.uitm.edu.my/ep/login. Sekiranya tiada akses, sila emel nama penuh,nombor staf dan bahagian/fakulti kepada moderator khairihaziq@uitm.edu.my.

SOALAN : Apakah perbezaan pembelian terus, sebut harga rasmi dan tender?
JAWAPAN : Pembelian Terus: Perolehan bekalan atau perkhidmatan bagi sesuatu PTJ, yang bernilai sehingga RM 50,000 setahun bagi setiap jenis item.
Sebut Harga: Perolehan bekalan / perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga RM500,000.00 dan bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM 20,000 sehingga RM500,000.00.
Tender: Perolehan bekalan/ kerja-kerja/ perkhidmatan yang nilainya melebihi RM500,000.00.

SOALAN : Apakah yang perlu dilakukan sekiranya syarikat gagal membekalkan bekalan/perkhidmatan mengikut tempoh serahan seperti yang tercatat di Pesanan Jabatan / Perkhidmatan?
JAWAPAN : Tuan/puan perlu mendapatkan maklumbalas daripada vendor berkenaan kelewatan serahan bekalan/ perkhidmatan. Vendor pula perlu memberikan surat justifikasi kelewatan dan juga permohonan lanjutan tempoh serahan kepada tuan/puan atau mengisi Borang Lewat Serah Tuntutan. Tindakan tuan/puan selepas menerima surat berkenaan adalah seperti berikut:
1. Mengisi Borang Maklumbalas bagi permohonan perlanjutan tempoh serahan bekalan/ perkhidmatan bagi perolehan Sebutharga Rasmi yang nilai tawarannya kurang daripada RM50,000.00.
2. Bagi Sebutharga yang nilai tawarannya melebihi RM50,000, permohonan lanjutan tempoh serahan daripada vendor perlu dihantar kepada Jawatankuasa Sebutharga Rasmi Hospital UiTM.

SOALAN : Berapakah tempoh masa melengkapkan borang penerimaan bekalan/Perkhidmatan (GRN)?
JAWAPAN : Setiap Unit/ Bahagian perlu dengan seberapa segera melengkapkan Borang Penerimaan Bekalan/ Perkhidmatan dalam tempoh 7 hari selepas pesanan dan dokumen berkaitan lengkap diterima daripada pihak vendor. Ini adalah berdasarkan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 13 Tahun 2007.

SOALAN : Apakah syarat-syarat am untuk mendaftar sebagai vendor UiTM?
JAWAPAN : 1. Syarikat tuan/puan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan mempunyai akaun bank syarikat.
2. Syarat-syarat lain mengikut jenis perniagaan vendor seperti pengkhususan dan kod bidang.

SOALAN : Apakah syarat-syarat menyertai tawaran/ pelawaan/iklan dalam sistem Fineprocurement Plus?
JAWAPAN : 1.Berdaftar sebagai vendor UiTM (Rujuk panduan di sistem Fineportal) 2. Membeli token keselamatan untuk transakasi secara elektronik iaitu Public Key Infrastructure (PKI) berjumlah RM400.00 Pembelian PKI bertujuan untuk mengaktifkan proses penyertaan iklan dan penghantaran tawaran dalam sistem Fineprocurement Plus

SOALAN : Bagaimanakah mendapatkan kembali kata laluan PKI sekiranya terlupa?
JAWAPAN : Tuan/puan boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan untuk bantuan teknikal seperti berikut:
KHIDMAT PELANGGAN POSDIGICERT
TEL: 03-8000 800 8008
EMEL: customercare@posdigicert.com.my
WAKTU OPERASI : ISNIN - JUMAAT (9.00 pagi hingga 5.00 petang)

SOALAN : Bagaimanakah cara-cara mengesahkan notis dan menjana GRN dalam sistem Fineprocurement Plus?
JAWAPAN : GRN hendaklah dijana dalam sistem Fineprocurement Plus setelah barang/perkhidmatan telah siap dihantar lengkap dan siap ujilari kepada PTJ di UiTM. Rujuk pada manual pengguna : https://myepplus.uitm.edu.my/mystore/PDF/User%20Manual%20-%20GRN_ep2.0.pdf.

SOALAN : Bagaimana proses pembelian dibuat melalui sistem Fineprocurement Plus?
JAWAPAN : Boleh layari di sistem Fineprocurement Plus: https://myepplus.uitm.edu.my/ep/help/p.

SOALAN : Bagaimanakah cara vendor menghantar inbois untuk tujuan bayaran?
JAWAPAN : Boleh layari di sistem Fineprocurement Plus: https://myepplus.uitm.edu.my/ep/help/p.



3) BAYARAN

SOALAN : Bagaimana saya boleh mendapatkan borang-borang kewangan untuk dokumen bayaran?
JAWAPAN : Tuan / Puan boleh ke laman sesawang rasmi Hospital Al-Sultan Abdullah > Tukar pilihan mod bahasa ke Bahasa Melayu > Pilih Direktori > Jabatan Kewangan > Pilih Capaian dan Muat Turun > Imbas Kod QR.

SOALAN : Apakah dokumen-dokumen lengkap bagi bayaran?
JAWAPAN : Dokumen-dokumen lengkap bayaran adalah berpandukan Surat Pekeliling Pejabat Bendahari Bilangan 1 Tahun 2013 - Senarai Dokumen Lengkap Bayaran. Senarai dokumen lengkap tersebut telah dimasukkan ke dalam laman sesawang Jabatan Kewangan.

SOALAN : Apakah tindakan selanjutnya yang perlu saya lakukan setelah saya menerima bekalan / perkhidmatan yang dipesan?
JAWAPAN : Tuan/Puan perlu menyediakan dokumen bayaran mengikut senarai dokumen lengkap bayaran dan dokumen tersebut mestilah dihantar ke Jabatan Kewangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima barang atau tarikh ujilari berdasarkan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 13 Tahun 2007.

SOALAN : Apakah yang perlu saya lakukan setelah menerima dokumen kewangan seperti inbois daripada pihak pembekal?
JAWAPAN : Tuan /Puan perlu cop tarikh terima PTJ / Jabatan ke atas dokumen kewangan tersebut bagi tujuan pembayaran.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan pendahuluan pelbagai?
JAWAPAN : Sejumlah wang yang dibayar kepada pemohon bagi sesuatu aktiviti yang terancang untuk membeli bekalan / perkhidmatan yang diperlukan.

SOALAN : Semakan status bayaran staf : Saya ada membuat permohonan pendahuluan pelbagai, bagaimana saya ingin menyemak status permohonan bayaran?
JAWAPAN : Semakan status boleh dibuat melalui akses Fineportal di menu FinEProfile.

SOALAN : Bagaimanakah cara untuk memohon pendahuluan wang bagi tujuan aktiviti jabatan yang telah diluluskan oleh Ketua PTJ / Jawatankuasa yang berkenaan?
JAWAPAN : Permohonan pendahuluan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pembayar sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Wang pendahuluan pelbagai boleh digunakan untuk membayar balik perbelanjaan yang telah didahulukan dengan menggunakan wang peribadi 14 hari sebelum tarikh mula projek sehingga 14 hari selepas tarikh tamat projek.

SOALAN : Apakah yang perlu saya lakukan selepas berbelanja menggunakan wang pendahuluan?
JAWAPAN : Tuan/Puan perlu membuat pelarasan pendahuluan dan dokumen pelarasan perlu dikemukakan kepada Pejabat Pembayar dalam tempoh dua bulan dari tarikh bayaran pendahuluan. Resit asal yang telah dibuat pengesahan oleh ketua perlu dikepilkan.

SOALAN : Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya pendahuluan tidak diselaraskan selepas 2 bulan?
JAWAPAN : Tindakan pemotongan gaji akan dilakukan.

SOALAN : Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi sekiranya saya ingin membeli barang dan peralatan elektrik & elektronik?
JAWAPAN : Tuan/Puan perlu rujuk senarai peralatan dan perkhidmatan di bawah Jawatankuasa terlebih dahulu sama ada alat / peralatan yang dibeli di bawah skop dan memerlukan kelulusan Jawatankuasa.

SOALAN : Saya ingin membuat pembayaran honorarium kepada Penceramah / Fasilitator sambilan. Berapakah kadar bayaran saguhati tersebut?
JAWAPAN : Kadar yang ditetapkan adalah seperti di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2005 dan tertakluk kepada peraturan semasa UiTM dan Arahan Perbendaharaan.

SOALAN : Apakah kadar keraian makan yang digunapakai di UiTM?
JAWAPAN : Secara amnya, kadar keraian rasmi UiTM adalah : Minum Pagi - RM4 Makan Tengahari - RM6 Minum Petang - RM3 Tuan/Puan boleh rujuk Pekeliling Naib Canselor Bil.22/2010 untuk mengetahui lebih lanjut tentang peraturan dan syarat peruntukan keraian rasmi UiTM.

SOALAN : Saya hendak membuat tuntutan JPA bagi pesara. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan perubatan?
JAWAPAN : Tatacara dan syarat permohonan boleh diakses melalui link berikut, https://www.kwap.gov.my/pension-services/tuntutan-perubatan-perjalanan/. Tuan/Puan perlu mengisi Borang Perubatan 1/09 dan perlu mendapatkan tandatangan doktor. Lampirkan juga inbois perubatan, salinan kad pengenalan, salinan kad pesara, salinan buku akaun atau penyata akaun dan hantar ke Pejabat Jabatan Kewangan Aras 1.

SOALAN : Saya hendak membuat permohonan peralatan khas bagi pesara. Dokumen apa yang perlu ada untuk membuat permohonan?
JAWAPAN : Tatacara dan syarat permohonan boleh diakses melalui link berikut, https://www.kwap.gov.my/pension-services/tuntutan-perubatan-perjalanan/. Dokumen seperti Borang Perubatan 1/09, sebut harga rawatan perubatan, salinan kad pengenalan dan salinan kad pesara perlu dikemukakan.

SOALAN : Saya telah membuat permohonan peruntukan bagi program. Namun begitu, saya dapati bahawa perbelanjaan program telah melebihi peruntukan. Tindakan apa yang perlu saya buat?
JAWAPAN : Tuan/Puan perlu membuat perbelanjaan berdasarkan kepada kelulusan peruntukan. Sekiranya terdapat perbelanjaan yang melebihi kelulusan, Tuan/Puan boleh mohon peruntukan tambahan bagi perbelanjaan kepada Jawatankuasa Mesyuarat yang terlibat.

SOALAN : Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi proses bayaran?
JAWAPAN : Bayaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.

SOALAN : Semakan status bayaran vendor : Bagaimana saya ingin menyemak status bayaran invois?
JAWAPAN : Semakan status bayaran boleh dibuat melalui akses Info Bayaran UiTM. Tuan/Puan perlu memasukkan kod vendor, no. akaun bank, tahun dan bulan semakan bayaran yang ingin dibuat.

SOALAN : Bagaimana saya boleh tahu tarikh akhir bagi Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa?
JAWAPAN : Tuan/Puan boleh rujuk Jadual Gaji, Tuntutan dan Elaun di FinePortal. Tarikh akhir terima tuntutan hanya melibatkan permohonan melalui atas talian sahaja.

SOALAN : Pegawai penyemak saya telah bertukar, bagaimana saya ingin menukar maklumat penyemak tuntutan kerja lebih masa (KLM) saya?
JAWAPAN : Tuan/Puan boleh maklumkan kepada moderator PTJ (yang membuat permohonan lantikan kerja lebih masa) untuk mengemaskini maklumat penyemak/pelulus KLM melalui Fineportal. Langkah untuk kemaskini: Pilih Finepayrol > Pilih Surat Lantikan/Kebenaran > Pilih Kemaskini Surat Lebih Masa

SOALAN : Bagaimana cara untuk mengemaskini akaun bank di portal pelajar bagi tuntutan Oncall?
JAWAPAN : Sila buat permohonan melalui iStudent Portal. Masukkan student id > Pilih student Financial Services > Klik menu utama > Pilih kemaskini akaun > Isi maklumat akaun bank > Simpan & cetak.



4) TERIMAAN HASIL BUKAN KLINIKAL

SOALAN : Bagaimana untuk membuat bayaran bagi pelekat kenderaan/ Denda kehilangan kad staf/ Pas Keselamatan?
JAWAPAN : Menggunakan platform FinePay. Melalui platform ini staf/kontraktor boleh membuat pembayaran secara atas talian melalui internet banking, VISA/mastercard/, TnGo eWallet dan banyak lagi pilihan mod bayaran. Laman sesawang rasmi Hospital Al-Sultan Abdullah > Tukar pilihan mod bahasa ke Bahasa Melayu > Pilih Direktori > Jabatan Kewangan > Pilih Capaian dan Muat Turun > Capaian FinePay.

SOALAN : Saya ingin menganjurkan seminar dan ingin agar peserta dapat membuat pembayaran secara atas talian. Boleh bantu proses dan kaedahnya?
JAWAPAN : Projek berkenaan boleh diwujudkan menggunakan platfom FinePay. Melalui platform ini, peserta boleh membuat pembayaran secara atas talian melalui internet banking, VISA /MasterCard/, TnGo eWallet dan banyak lagi pilihan mod bayaran. Ini termasuk boleh menerima bayaran dari luar negara.

SOALAN : Apakah cara dan dokumen yang diperlukan untuk mewujudkan produk FinePay?
JAWAPAN : Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan kepada natashaaliea@uitm.edu.my untuk tujuan perwujudan pautan. Sertakan surat kelulusan program dan juga kertas kerja program yang mengandungi maklumat lengkap program. Sediakan juga poster program bagi kemasukan di FinePay.

SOALAN : Adakah saya perlu mengisi apa-apa borang bagi tujuan kutipan yuran program atau kursus?
JAWAPAN : Berdasarkan Surat Pekeliling Bendahari Bilangan 2 Tahun 2016, setiap Jawatankuasa projek perlu mengisi dan menandatangani Surat Akujanji Pelaksanaan Projek (Lampiran A) untuk memastikan setiap ahli projek mempunyai akauntabiliti terhadap pelaksanaan projek.



5) HARTA

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan harta modal?
JAWAPAN : Harta modal adalah aset alih yang bernilai RM3,000.00 dan ke atas bagi setiap unit.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan Pelupusan?
JAWAPAN : Pelupusan adalah proses membatalkan tanggungjawab Custodian dan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta mengeluarkan Aset Alih (Harta Modal & Inventori) yang dibeli melalui peruntukan UiTM dari segi fizikal dan daftar Aset Alih berkenaan daripada Fakulti/Bahagian/Unit dan dari Sisitem FAIS.

SOALAN : Bagaimanakah cara untuk saya memulakan proses pelupusan Aset Alih?
JAWAPAN : Tuan/puan perlu mengisi borang pelupusan : - KEW-PA-UITM-16 , KEW-PA-17(1) DAN KEW-PA-17(2)

SOALAN : Apakah yang perlu dilakukan selepas mengemukakan borang pelupusan?
JAWAPAN : Aset Alih yang berada di bawah jagaan tuan/puan akan diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa Pelupusan secara fizikal serta memberikan syor pelupusan kepada Jawatankuasa Pelupusan. Dalam tempoh berkenaan, tuan/puan perlu memastikan barang-barang yang hendak dilupuskan tersebut tidak hilang, dialihkan atau dimusnahkan.

SOALAN : Siapakah Pegawai Pemeriksa Pelupusan tersebut?
JAWAPAN : Pegawai Pemeriksa Pelupusan (PPP) terdiri daripada kakitangan HASA yang telah dilantik oleh Rektor bagi satu tempoh tertentu yang tidak terlibat dengan aset berkenaan dan bukan daripada staf Unit Pengurusan Harta Benda, Jabatan Kewangan Pegawai Pemeriksa Pelupusan (PPP) bertanggungjawab memberikan syor kepada Jawatankuasa Pelupusan samada untuk melulus atau tidak meluluskan permohonan berkenaan.

SOALAN : Bilakah barang-barang pelupusan tersebut dimusnahkan atau dipindahkan?
JAWAPAN : Barang-barang pelupusan tidak boleh dimusnahkan atau dipindahkan sehingga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelupusan.

SOALAN : Apakah tujuan dilakukan proses Verifikasi Aset?
JAWAPAN : Verifikasi aset dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM, tujuan Verifikasi aset adalah untuk, Mengetahui keadaan harta dan prestasinya, Mempastikan setiap harta mempunyai daftar / rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini, Mempastikan setiap harta berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar.

SOALAN : Siapakah Pegawai Pemverifikasi Aset?
JAWAPAN : Pegawai Pemverifikasi Aset merupakan staf HASA yang dilantik oleh Naib Canselor UiTM bagi satu tempoh tertentu untuk memeriksa dan mengesahkan sesuatu aset sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan). Mulai tahun 2021, Verifikasi aset dilaksanakan oleh Custodian yang akan dilantik sebagai Pegawai Pemverifikasi 1 di Sistem Fine Portal UiTM dan disahkan oleh Pegawai Pemverifikasi ke 2 PTJ yang sama gred jawatan “22” dan ke atas.

SOALAN : Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya harta di bawah seliaan saya telah rosak atau tidak lagi diperlukan?
JAWAPAN : Harta yang telah rosak dan masih diperlukan hendaklah dibaiki semula, dokumentasinya adalah seperti berikut: Isi Borang KEW.PA UiTM -9 --> Permohonan Perolehan untuk pembaikan --> Isi Borang KEW.PA UiTM -14 dan simpan di dalam fail aset. Manakala harta yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi hendaklah dilupus dengan mengisi borang KEW.PA UiTM -17(1), KEW.PA UiTM -17(2) dan juga borang KEW.PA UiTM-16

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan "memastikan setiap harta mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini" ?
JAWAPAN : Setiap Aset Alih yang dibeli perlu mempunyai rekod maklumat harta seperti nama harta, no. siri, jenama, model, lokasi harta, nama pengguna (custodian). Oleh itu, verifikasi yang dijalankan bertujuan untuk memastikan rekod-rekod berkenaan adalah tepat dan sentiasa dikemaskini.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan "memastikan setiap harta berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar"?
JAWAPAN : Fizikal harta berkenaan mestilah berada di lokasi yang telah direkodkan di dalam daftar. Jika tiada, ianya boleh dikategorikan sebagai HILANG.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan "Pindah Lokasi”?
JAWAPAN : Pindah Lokasi bermaksud berlaku sesuatu perpindahan aset atau inventori daripada lokasi asal ke lokasi baru samada di dalam bangunan yang sama atau berlainan. Persetujuan antara pemilik asal dan pemilik baru perlu wujud sebelum pindahan aset atau inventori berlaku.

SOALAN : Apakah tujuan "Pindah Lokasi"?
JAWAPAN : Pindah Lokasi bertujuan memindahkan tanggungjawab pemilikan aset alih daripada pemilik asal kepada pemilik baru yang ingin menggunakan aset alih tersebut. Borang Perpindahan / Penerimaan Aset Alih (Lampiran B6) yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Ketua PTJ perlu diserahkan ke Pejabat Bendahari untuk proses pertukaran tanggungjawab.

SOALAN : Apakah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak setelah pindah lokasi disahkan?
JAWAPAN : Pemilik asal (Custodian) perlu membuat catatan pengeluaran aset atau inventori di buku rekod stoknya manakala pihak penerima (Custodian baru) perlu membuat catatan masuk ke dalam buku rekod stoknya. Ini bermakna aset atau inventori berkenaan tidak lagi wujud di lokasi asal tetapi akan wujud di lokasi baru.

SOALAN : Bagaimana jika barang yang dipindah lokasi rosak, hilang atau tidak diperlu lagi oleh pemilik baru?
JAWAPAN : Pemilik baru (Custodian) perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan aset atau inventori berkenaan, sama ada untuk proses pembaikan, laporan atau surcaj kehilangan serta pelupusan, jika berkaitan. Semua rekod pemilikan aset atau inventori akan disimpan di Jabatan Kewangan.

SOALAN : Bolehkan barang yang dipindah lokasi dipulangkan semula?
JAWAPAN : Custodian baru perlu bertanggungjawab terhadap aset alih berkenaan dan terpulang kepada Custodian asal sama ada untuk menerimanya semula atau tidak. Jika diterima, proses pindah lokasi dan juga Custodian perlu dilakukan semula.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan dengan harta sumbangan?
JAWAPAN : Harta sumbangan adalah apa-apa barangan, kelengkapan atau peralatan yang disumbang oleh Kerajaan, syarikat atau individu kepada UiTM. Pihak Pengurusan Tertinggi UiTM akan membuat keputusan untuk menerima atau menolak pemberian/sumbangan tersebut.

SOALAN : Apakah maklumat yang diperlukan bagi tujuan merekodkan harta sumbangan sebagai harta benda UiTM?
JAWAPAN : Dokumen keputusan daripada JKE/MEU dan LPU untuk kelulusan penerimaan harta sumbangan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa bersama dengan maklumat lengkap aset diperlukan untuk merekodkan sesuatu harta sumbangan. Rujuk Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Pendaftaran) dan juga Pekeliling Bendahari Bil. 6 tahun 2016.

SOALAN : Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya harta di bawah seliaan saya hilang?
JAWAPAN : Tuan/puan perlu membuat laporan Polis Bantuan UiTM /PDRM dengan segera/ 24jam daripada tarikh kehilangan. Kemukakan Laporan awal kehilangan - KEW.PA.UiTM.28 (Lampiran J) ke Pejabat Bendahari dalam tempoh 2 hari daripada tarikh laporan polis dibuat. Sila rujuk Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan).




Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih