JABATAN PATOLOGI FORENSIK

Jabatan Patologi Forensik ditubuhkan selaras dengan misi Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM untuk memberikan perkhidmatan yang menyeluruh, bermula dari peringkat awal kehamilan sehingga pengurusan kematian dan merangkumi prosedur bedah siasat apabila diperlukan. Pada tarikh 1 Jun 2021, perkhidmatan asas iaitu pengurusan jenazah telah bermula di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam, di samping pengurusan kematian di PPUiTM Sungai Buloh.

Mengikut perancangan, operasi penuh Jabatan ini yang merangkumi perkhidmatan utama iaitu bedah siasat mediko-legal akan dimulakan secara berperingkat. Kemudahan bilik bedah siasat bertekanan negatif membolehkan pemeriksaan bedah siasat kes positif COVID-19 dapat dilaksanakan, dengan kes pertama dijalankan pada 2 Ogos 2021.

Kesemua kakitangan Jabatan Patologi Forensik telah menjalani latihan berkaitan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Jabatan Patologi Forensik juga akan menjadi pusat latihan kepakaran bagi calon-calon Sarjana Patologi (Patologi Forensik) UiTM dan telah memulakan pengambilan pertama pada bulan Disember 2022.


Image
Image
Image
Image
Nama Jawatan Emel No Telefon
Profesor Madya Dr. Razuin Binti Rahimi
Ketua Pusat Perkhidmatan
dr_razuin@uitm.edu.my
03-3396 3121
Dr. Nur Fatimah Ahmad Zairin
Pegawai Perubatan
fatimahzairin@uitm.edu.my
03-3396 3122
Nurul Asma Salsabila Mohamad Alias
Pegawai Sains
asmasalsabila@uitm.edu.my
03-3396 3122
Siti Shahera Binti Saniman
Pemangku Penyelia
sitishahera@uitm.edu.my
03-3396 3123
Muhammad Ashroff Muhammad Said
Penolong Pegawai Perubatan
ashroffsaid@uitm.edu.my
03-3396 3123
Mohd Nur Aliff Mohd Fadzi
Penolong Pegawai Perubatan
nuraliff@uitm.edu.my
03-3396 3123
Nur 'Ain Kamarulzaman
Penolong Pegawai Perubatan
nurainkz@uitm.edu.my
03-3396 3123


Perkhidmatan

Waktu Operasi

Perkhidmatan Mortuari

24 jam

Perkhidmatan Forensik

*Pemeriksaan bedah siasat dan inkuiri mediko-legal

(Perkhidmatan Forensik belum ditawarkan buat masa ini)


Isnin hingga Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

*Pemeriksaan bedah siasat selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan cuti am perlu kebenaran khas Ketua Pusat Perkhidmatan.

Alamat

Jabatan Patologi Forensik

Blok C, Hospital UiTM,

Bandar Puncak Alam,

42300, Selangor.

Emel

forensikhuitm@uitm.edu.my

No Telefon

03-3396 3123

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih