JABATAN FARMASI

Jabatan Farmasi telah memulakan operasinya sejak tahun 2010 lagi menjelang penubuhan kampus Fakulti Perubatan, UiTM Selayang. Pada ketika itu, Jabatan Farmasi hanyalah dianggotai oleh seorang Pegawai Farmasi dan dua orang Penolong Pegawai Farmasi sahaja. Kemudian, pada tahun 2011, Jabatan Farmasi telah berkembang dengan penubuhan Pusat Pakar Perubatan UiTM kampus Sungai Buloh, di mana servis farmasi bekalan wad telah mula dilancarkan. Terkini, Jabatan Farmasi terus berkembang dengan jayanya dengan pembukaan Hospital UiTM Puncak Alam, yang telah membawa kepada kewujudan lebih banyak unit-unit di bawah Jabatan Farmasi dan juga lebih banyak servis yang dapat ditawarkan.

Jabatan Farmasi kini diketua oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi UF52, dan dibantu oleh dua orang Pegawai Farmasi UF48, seorang Pegawai Farmasi UF44, serta tujuh orang Pegawai Farmasi UF41. Unit-unit yang terdapat di Jabatan Farmasi adalah Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Sediaan Farmaseutikal, Unit Stor Perubatan, dan Unit Pusat Maklumat Ubat. 


Image
Visi
Ke arah kecemerlangan dan perkembangan penjagaan farmaseutikal.

Misi
Menerapkan ilmu dan teknik yang selamat & berkesan dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Objektif
  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkualiti tinggi, selamat, dan berkesan.

  • Memastikan proses perolehan dan bekalan ubat-ubatan di Hospital UiTM berada pada tahap yang optimum.

  • Membudayakan aktiviti pengajaran dan latihan dalam bidang farmasi secara berterusan.

  • Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal bermutu tinggi dalam menyokong perkhidmatan jabatan farmasi dengan cemerlang.

Jabatan Farmasi mempunyai 5 unit yang menyediakan servis-servis tersendiri. Unit-unit di bawah Jabatan Farmasi ketika ini ialah:

  • Farmasi Klinik Pakar
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Sediaan Farmaseutikal
  • Farmasi Pusat Maklumat Ubat
  • Stor Perubatan

Servis-servis yang tersedia di bawah unit-unit ini adalah seperi berikut:

Farmasi Klinik Pakar

Farmasi Klinik Pakar terletak di Aras 2, Hospital UiTM Puncak Alam. Farmasi Pesakit Luar di Level G, Pusat Perubatan UiTM Sg Buloh juga terletak di bawah seliaan unit yang sama. Teras utama perkhidmatan unit ini adalah dalam menyediakan aktiviti pendispensan ubat-ubatan yang betul & selamat kepada pesakit Klinik Pakar/pesakit discaj, serta aktiviti kaunseling ubat-ubatan/alatan. 

Farmasi Bekalan Wad

Farmasi Bekalan Wad terletak di Aras 1, Hospital UiTM, manakala Farmasi Pesakit Dalam di Pusat Perubatan UiTM Sg Buloh terletak di Level G. Unit ini bertanggungjawab dalam mendispenskan ubat-ubat yang telah dipreskrib oleh doktor untuk pesakit-pesakit di wad, membekalkan ubat-ubatan 'Floor Stock' & 'Dangerous Drug', menjalankan aktiviti kaunseling ubat/alatan untuk pesakit di wad, serta menjalankan aktiviti 'Therapeutic Drug Monitoring' (TDM) untuk sesetengah ubat.

Farmasi Sediaan Farmaseutikal

Farmasi Sediaan Farmaseutikal terletak di Aras 1, Hospital UiTM Puncak Alam. Unit ini bertanggungjawab dalam menyediakan sediaan 'Total Parenteral Nutrition' & ubat-ubat sitotoksik (Cytotoxic Drug Reconsitution), menyertai rondaan klinikal, serta menyediakan produk galenikal. 

Farmasi Pusat Maklumat Ubat

Farmasi Pusat Maklumat Ubat terletak di Aras 1, Hospital UiTM Puncak Alam. Fungsi utama unit ini adalah memberi maklum balas yang tepat & pantas berkaitan dengan penjagaan farmaseutikal kepada warga hospital atau pesakit, mengemaskini Formulari Ubat Hospital & terlibat dalam Jawatankuasa PUSPa Hospital, menyediakan laporan 'Medication Error' & alahan ubat, serta menjalankan aktiviti latihan berterusan kepada staf farmasi. 

Stor Perubatan

Stor Perubatan terletak di Aras 1, Hospital UiTM Puncak Alam. Unit ini bertanggungjawab dalam memastikan proses perolehan dan bekalan ubat-ubatan di Hospital UiTM berada pada tahap yang optimum. 

Image
Bil 1/2022 Bil 2/2022     
: NUR AZMI BIN BADARULZAMAN
: KETUA JABATAN FARMASI UF54
: nurazmi@uitm.edu.my
: 03-3396 3124
: FARA NABILA BINTI MOHAMED RASELI
: PEGAWAI FARMASI UF48
(KETUA UNIT FARMASI BEKALAN WAD)
: faranabila@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 ext-10309
: AFZAN RAIHAN IZZATI BINTI HAMZAH
: PEGAWAI FARMASI UF48
(KETUA UNIT FARMASI KLINIK PAKAR)
: afzanraihan@uitm.edu.my
: 03-3396 3105
: NURUL ARIFAH BINTI AHMAD ATORY
: PEGAWAI FARMASI UF48
(KETUA UNIT FARMASI PPUiTM)
: nurularifah@uitm.edu.my
:  03-61265195
: UMIRA SYAHIRAH BINTI SHIRINAL IZUAN
: PEGAWAI FARMASI UF44
(UNIT FARMASI KLINIK PAKAR)
: umirasyahirah@uitm.edu.my
: 03-3396 3105
: IQBAL BIN MHD ILHAM
: PEGAWAI FARMASI UF44
(UNIT FARMASI BEKALAN WAD)
: iqbalmhdilham@uitm.edu.my
: 03-3396 3102
: MOHD KHAIRUL NAZRIN BIN KAMARUDDIN
: PEGAWAI FARMASI UF44
(KETUA UNIT STOR PERUBATAN)
: mknazrin@uitm.edu.my
: 03-3396 3107
: AKMAL AFIFAH BINTI ALIAS
: PEGAWAI FARMASI UF41
(KETUA UNIT FARMASI SEDIAAN FARMASEUTIKAL)
: akmalafifah@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 ext-10316
:  MUHAMMAD ASYRAF BIN HARUN
: PEGAWAI FARMASI UF41
(KETUA UNIT FARMASI DRUG INFORMATION SERVICES)
: asyrafharun@uitm.edu.my
:  03-3396 3137
: NOR HIDAYATI BINTI MOHAMAD AINI
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI BEKALAN WAD)
: hidayatiaini@uitm.edu.my
: 03-3396 3102
: NAJIHAH BINTI HAROON
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI PESAKIT LUAR, PPUiTM)
: najihahharoon@uitm.edu.my
: 03-6126 5195
: NURUL SYAHADAH BINTI FUAD
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI PESAKIT DALAM,PPUiTM)
: syahadahfuad@uitm.edu.my
: 03-6126 5424
: AMIRA NADZIRA BINTI ABDUL HAMID
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI SEDIAAN FARMASEUTIKAL)
: amiranadzira@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 ext-10316
: NUR SYAHEERAH BINTI MD SUBI
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT STOR PERUBATAN)
: syaheerahsubi@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 ext-10606
: FARAH 'ATHIRAH BINTI M.BAKRI
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT STOR PERUBATAN)
: farahathirah@uitm.edu.my
: 03-3396 3106
: AIZATUL IDDHA BINTI OMAR
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI KLINIK PAKAR)
: aizatuliddha@uitm.edu
: 03-3396 3000 - ext 12102
: NUR SABRINA BINTI SALIMAN
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT DRUG INFORMATION SERVICES)
: sabrinasaliman@uitm.edu.my
: 03-3396 3137
: NUR IZZAH SAHIRA BINTI MOHD ARPI
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI BEKALAN WAD)
: izzahsahira@uitm.edu.my
: 03-3396 3102
: NUR LIANA BINTI ALIAS
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI PESAKIT LUAR)
: lianaalias@uitm.edu.my
: 03-3396 3000 - ext 12102
: NUR DAYANA SYAZLINA BINTI RUSLI
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI PESAKIT DALAM,PPUiTM)
: dayanasyazlina@uitm.edu.my
: 03-61265424
: AFIFAH BINTI ABD AZIZ
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI KLINIK PAKAR)
: afifahabdaziz@uitm.edu.my
: 03-3396 3105
: NUR ASYIQIN BINTI MASENWAT
: PEGAWAI FARMASI UF41
(UNIT FARMASI KLINIK PAKAR)
: nurasyiqin@uitm.edu.my
: 03-3396 3105
Jabatan Farmasi

Tel: 03-3396 3000 / 3001 / 3002, extension 3105 / 3102

Fax:030-6126 5224

Google site:
https://sites.google.com/uitm.edu.my/huitmpharmacy/home

Linktree:
https://linktr.ee/farmasihuitm

Email: farmasihuitm@uitm.edu.my

Maklumbalas atau pertanyaan lanjut

Hubungi Kami

Hospital Al-Sultan Abdullah,
Universiti Teknologi MARA,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor,

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pasport Kesihatan Digital Mudah Alih